14 April 2013

♥Risiko HB Rendah Ketika Mengandung♥





Assalamualaikum...

Mula-mula buka buku merah tu hb 11.7. Kire normal lagi la. Mase tuh kandunganku baru 12 minggu. Sebulan lepas tu pegi check perut rutin hb ku turun 11.6. Seingat ku la mase tu ku consume IBERET FOLIC ACID tu. Tak makan pun ubat 4 beradik yang KKIA bagi tu. Sbb malas nak makan byk2. Hehe~.. Then mase 18 minggu hb ku turun lagi dengan mendadaknya jadi 10.8. Kes nya ku x makan da IBERET tapi gatal2 makan NEW OBIMIN. Huhu. Da mmg tak kena ngan badan kot. Kalau hb bawah 11 tu kire kes berat la. Kononnya akan menjejaskan diri dan mcm2 lg nurse bebel ari tu. Lebih-lebih lagi kalau anak sulung. Katanya ibu peknen sulung tak sepatutnya rendah. Ku ni special kes kot. Hoho. Tapi bile buat ujian darah yang advance tu yakni amik darah dekat lengan tu result berubah plak jadi 9.9. Lagi teruk!!! 


Then doc sarankan tukar makan IBERET balik. Tak tau la NEW OBIMIN tu memang tak menjadi ke atau tak sesuai dgn aku. Tapi ramai jugak kata NEW OBIMIN kurang menjadi berbanding IBERET. Then ku disuruh datang balik KKIA untuk amik darah dan sampel itu dihantar ke PSNZ. Kemain kau jahhh!. Sampai Hospital Besar darah kau. Tapi result nya akan kuar dalam masa sebulan sbb test nya sangat3 sangat3 sangat3 tepat! Nampak tak banyak kali ulang tu? Sbb nak gtau betapa tepatnya. Hoho. So sampai sekarang ku masih tak dapat result tu. 


Then mase kandungan 21 minggu amik darah kat jari result nya hb 10.4 pastu amik darah kat lengan resultnya kembali 11.0. Yea!!! Alhamdulillah. Tapi tak hepi sangat la sbb kena pegi KKIA setiap 2 minggu plak. Dulu sebulan sekali jew. Hoho. Tapi puncanya ku rase sbb ku memang tak makan benda2 yang disuruh tu. Seperti bilis, bayam, hati, kerang dll. Dah takleh nak masuk lam tekak mcm mane? Just depend 100% dengan IBERET. Makan IBERET plak time lepas subuh skali minum jus oren. Tu kire cara yang betul jugak la. Selasa ni pg check lg tak tau la mcm mne. Setakat ni ku try makan nasi lemak ngn sambal bilis dan hati. Org kata makan buah jambu batu pun bleh jugak. Sedap... hoho. 

NEW OBIMIN. Harga dalam RM24.90 something dekat Guardian. Ari tu ada sales dalam RM18.50 je. Ada 30 kapsul untuk 30 hari.


IBERET FOLIC-500. Harga dalam RM35.90 dekat Guardian. Tak penah ada sales lagi. Hoho. Ada 30 tablet untuk 30 hari.

k yang ni ku jumpa info kat GOOGLE.... Layan jerr


PUNCA HB RENDAH:
  1. Peningkatan dalam isipadu darah
  2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  3. Penurunan kadar HB normal
  4. Kurang pengambilan zat besi dalam diet
  5. Kekurang folic acid
  6. Pendarahan gastrointestinal
  7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH:


Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL:
KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu


KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti

  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping 
  • Daging ayam: bahagian dada 
  • Kerang: 20 biji 
  • Ikan bilis 

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin .

- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan

HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

sumber: sini





9 comments:

  1. perkongsian yang terbaik..teruskan ye..

    ReplyDelete
  2. Assalam..good info..
    jemput singgah & follow my blog http://sascima78.blogspot.com/
    mekasih ye..

    ReplyDelete
  3. jom singgah blog saya ... http://walitassunnahtganu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..perkongsian yang menarik disini..

    jemput ikuti perkongsian tentang penyusuan dan kehamilan di blog saya..
    www.inspirasihuda.blogspot.com

    syukran..

    ReplyDelete
  5. asalammualaikum..sy nurzayanah zainudin..ibu mengandung jgk..anak sulung..sy dh mkn mcm2 ubat..mula2 mkn ubag yg klinik bg...tak.boley jgk sbb muntah terlalu bnyk..then sy tukar mkn obimin..pon muntah jgk..mkn IBERET..pon muntah jgk..kakak sy nurse di klinik alor gjah dea sruh sy mkn ubat yg wane coklat tu waktu mlm nak tido...sy try mkn wktu mlm nak tdo..esok pagi tu muntah jgk..aduhhh bagaimana cara nak ilang kan rasa muntah ni..
    skunk kandugan saya dh nak masok 8bulan.
    nurse bg cdgan mkn ubt darah tu sumbat dalam pisang..sy try buat..1jam lps tu muntah jgk..
    ape lagi cara sy boley buat..??????
    urmmmmm......

    ReplyDelete
  6. asalammualaikum..sy nurzayanah zainudin..ibu mengandung jgk..anak sulung..sy dh mkn mcm2 ubat..mula2 mkn ubag yg klinik bg...tak.boley jgk sbb muntah terlalu bnyk..then sy tukar mkn obimin..pon muntah jgk..mkn IBERET..pon muntah jgk..kakak sy nurse di klinik alor gjah dea sruh sy mkn ubat yg wane coklat tu waktu mlm nak tido...sy try mkn wktu mlm nak tdo..esok pagi tu muntah jgk..aduhhh bagaimana cara nak ilang kan rasa muntah ni..
    skunk kandugan saya dh nak masok 8bulan.
    nurse bg cdgan mkn ubt darah tu sumbat dalam pisang..sy try buat..1jam lps tu muntah jgk..
    ape lagi cara sy boley buat..??????
    urmmmmm......

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen