10 June 2013

♥Sembelit Ketika Mengandung♥


Assalamualaikum...


Tajuk walaupun kedengaran busuk tapi sebenarnya benda ni sangat-sangat common bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil memang mengalaminya. Ku takde la sembelit sangat. Kadar ku sembelit sepanjang 8 bulan ni ibarat 1/30 kot. Hehe. Sebab sangat-sangat jarang berlaku. Mungkin sbb ku amalkan cara pemakanan yang betol kot. Hehe. Nanti ku share camne. No need supplemet s****** bagai pun. Sebab ku tak berapa nak yakin sangat dengan produk tu. Bukan ape. Iklan megah kemain tapi resultnya takde la memberangsangkan sangat. Knp ku ckp mcm tu?? Sebabnya my fren beria la consume yang untuk tambah kalsium tu tapi tetibe dy buat status FB "Sakit pinggang, tulang belakang..kurang kalsium" See?????!! Nampak sangat la tak menjadi produk tu. Maaf bukan nak kondem tapi i'm telling the truth. So, ku pilih untuk makan secara sihat sahaja. 


 Menurut sumber dari BabyCentrni:

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Apa yang perlu anda lakukan??

Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu:

  • Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
  • Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
  • Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
  • Bersenam! Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.


 Menurut sumber dari DrZubaidi pula:

p/s: Terpaksa printscreen sbb takbleh kopipes!! Makanya bukan beta yang typo. Hehe




Menurut cara beta pula:


  • Makan buah banyak-banyak! contohnya: limau, tembikai, salak, atau mana-mana yang anda boleh telan. Sebabnya tak semua suke buah manis-manis. Ada yang suka buah masam-masam.
  • Minum air masak banyak-banyak! Aku prefer air minuman lucky day pastu taruk dalam peti ais. Enak diminum esp ketika cuaca panas sekarang ni. Setakat ni dah minum bergelen-gelen dah.
  • Takyah amik supplement bagai. Kalau nak jugak please refer dgn doktor dulu. Sebabnya setiap wanita hamil tak sama kekdahnya.
  • Minum jugak cereal tapi tak kerap. Ku makan yang Nesvita Honey tu. Sedap. Plus elok untuk kurangkan pedih hulu hati. Tak lena tidur weh kalau pedih-hulu-hati menyerang!
  • Time makan kat luar order air bersusu seperti milo ais/ tea ais/ horlick ais. Eh? kenapa kena ada ais??? Sebab tekakku memang nak ais je manjang. Tapi baby kecik jugak ni. Sedih. Pastu konpem terus nak terberry hoke. Believe me. Pun elok untuk pedih-hulu-hati tau. 
  • Tak de la makan sayur sangat. Sebab takleh nak masuk tekak. Alhamdulillah tak sembelit pun.

Dengan amalanku yang kononnya sihat ini, makanya ku takde la sembelit~ Syukur. Azab tau kalau sembelit. Dulu-dulu time awal-awal peknen dekat 30minit jugak dalam toilet tu. Sampai suami sound2 cari bini dy hilang. But skrg, lepas makan je terus membuang. Muahahahahahaha~ K bai!




1 comment:

  1. video poker videos (with videos) on youtube
    I do not know how many people are there in the country that have youtube to mp3 ringtone used video poker to play the games of roulette. Is this not a problem? I

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen