14 July 2013

♥Selsema Ketika Mengandung♥

Assalamualaikum....


The time at the moments is 3.30 am. Tapi ku tak boleh tidor langsung! Dah masuk 2 hari ku dijangkiti virus selsema~ Benci sangat2! Dah la kena time Bulan ramadhan yang mulia ini. Yelah memang penyakit tu penghapus dosa tapi ku siyes tak larat sangat-sangat... Sobs... Imagine la sampai tisu PREMIER sekotak 100pcs pun boleh habis! Memang berkepul-kepul la tisu digunakan untuk mengelap hidungku yang cenonet ni. Pedih kot. Ku agak esok-esok konpem menggelupas bawah hidung ni. Nak tidur pun tak boleh sebab hidung gatal je manjang. Asyik nak bersin berhingus je. Hubby ku lak sah-sah terganggu dengan bunyi yang macam hon kapal tu. So, ku pun keluar bilik dan layan citer Teduhan Kasih~

Actually ku sebelum peknen ni memang jenis kuat bersin. Ala-ala resdung gitu. Hidupku dulu time kat Uni ibarat tak boleh hidup kalau takde tisu. My frens da masak sangat dengan perangaiku tuh. Bile dah mengandung takde plak hidung ni buat hal. Dalam sehari tu bersin macam orang normal je. Mengikut fakta dikatakan bahawa time mengandung ni lagi mudah dapat selsema disebabkan imunisasi kita da berubah. Memang cepat sangat terkena demam, batuk dan selsema. Tapi disebabkan before this ku memang kuat minum air masak so Alhamdulillah terhindar dari penyakit-penyakit tu. Di bulan puasa ni ku memang puasa walaupun dah 9 bulan. Memang kurang sangat-sangat la minum air nye. Kalau dulu pantang pegi dapur, bukak peti terus gluppp3 minum air. Sekarang??? Takde makna nya nak minum siang-siang hari. Puasa kauuu~ Time berbuka dah full dengan nasi dan air manis yang dibeli ketika tergoda di bazar Ramadhan. Kohkohkoh!!



Lalu tadi ku SMS dengan akak ku. Ku tanya la beliau: (ku tulis semua sebab ku rasa banyak info penting)



Ku: Angah Ku demam selsema. Dari semalam lagi. Teruk sangat-sangat dah rasa. Ada tak ubat-ubat yang aku boleh makan? (tau2 jelah bile mengandung mana boleh amik ubat suka2 hati kan? kena refer kat doktor dulu)

Angah: PANADOL sahaja. 2 biji panadol setiap 8 jam.

Ku: Okay. Dah sekotak tisu habis ni. Hampir rabak hidung cotet aku.

Angah: Terpaksalah. Kalau mu amik ubat selsema, nanti effect pada baby. Baby akan banyak tidor  dan kurang bergerak. So susah nak kira pergerakan anak nanti.

Ku: Taknak2!!! Panadol cukuplah.. Ok tenkiu angah darling.

Angah: Haha nasiblah mengandung.. Tapi dinasihatkan jumpa doktor sebab ibu mengandung kalau demam kena jumpa doktor. Risau baby ada masalah. Banyak kes baby meninggal dalam perut kerana ibu demam kuat. So dont take for granted ok. Kena pastikan pergerakan anak cukup 10.

Then ku pun telan jelah Panadol walaupun hati meronta-ronta nak makan ubat selsema, ubat tahan sakit dan ingin pengsan seketika agar tak sedar bahawa diri ini sakit.

info lanjut: sini




Berikut ialah cara merawat selsema tanpa sebarang ubat:

  1. Minum air masak banyak-banyak. Make sure bukan air sejuk. Kalau air suam lagi bagus. 
  2. Jangan tidur mengadap kipas. Kalau boleh elakkan tidur dalam aircond. 
  3. Kalau hidung tersumbat banyakkan bergerak atau berjalan. Tinggikan bantal dan minum air suam segelas sebelum tidur.
  4. Kalau boleh mandi dengan air suam. Elakkan air sejuk. 
  5. Makan vitamin C sebanyak mungkin atau makan oren banyak-banyak.
  6. Jangan hembus hingus kerana akan memudaratkan. (ku yang ni paling failed! Dah hingus menjejel-jejel takkan dan biarkan? Nanti gatal-gatal je bawah hidung tu.Kohkoh)
  7. Tidur. (memang tak r. Takkan boleh tidor kalau dah hacummm-hacummmm!!)


info: sini

3 comments:

para-para ibu comel men-komen