26 July 2013

♥Checklist Amalan Ibu Mengandung Ketika Trimester Akhir♥

Assalamualaikum..


Hari ni 26/July/2013 bersamaan 17 Ramadan dah. Dah masuk 38 minggu kehamilanku ni. So far baru tinggal puasa 1 hari. Yea! Tu pun kes demam selsema melampau hari tu. Kalau tak ku yang gagah perkasa ini takkan tinggal puasa kot. Hoho! Gagah la sebab tak bekerja. Bangun tidur just main games, tengok tv, basuh pinggan mangkuk yang sahur tu, laundry, refill makanan meow dan just ulang alik toilet untuk mengencingkan diri. Kohkoh! Walaupun puasa, ibu mengandung still akan kencing lebih 5kali sehari okay~ So takyah nak heran sangat. My hubby pelik bagai kenapa ku masih giat ke toilet even bulan puasa.. Huhu. Maafkan kaum lelaki. Dorang memang kurang ilmu dan malas membaca sangat. Nak wife je explain manjang. 


So, sementara ada 2 minggu lagi sebelum due ku nak buat semua yang patut la. Demi memudahkan bersalin dan sebagainya. Buat sekadar mampu sahaja. Lepas tu tawakal jelah kepada Allah SWT dan berdoa agar semuanya selamat. Cuak gak sebab ingatkan air ketuban dah bocor sikit semalam. 


15 July 2013

♥Panduan Memberi Nama Anak Mengikut Islam♥

Assalamualaikum.....



Ibu-ibu mengandung for sure paling excited bab nak bagi nama anak kan? So am i! Saat UPT mula positif dah gigih google nama yang sesuai untuk baby~ Kekekeke! Buku pink belom pun book tapi senarai nama anak dah berjela-jela hoke! Mak Jemahh memang overlicious sikit! Yang lain-lain pun sama kan.........kan.... kan....??? Takyah nak propa sangat oke. Kalau tak full name pun mesti dalam otak memasing dah decide nama pangkal bakal baby tu kankankan? Makjemah faham so xyah nak shy-shy meow! 


So, kita as muslim takleh la suke3 hati je time nak bagi nama. Seeloknya ikut la suruhan Nabi yer takkk??? Tak salah pun nak bagi nama modern bagai tapi haruslah ada maksud elok-elok.  Macam iols, da set da nama yang moden tapi maksud baik-baik. Lets begin!

♥Produk TOMMEE TIPPEE, AVENT dan Barang Baby Murah-Murah!♥

Assalamualaikum...


Hari ni beta nak share on9 shop yang jual produk-produk baby yang bagiku murah-murah. Hidup sebagai Housewife yang berjaya dan berhemah haruslah pandai menjaga kewangan suami. Ku memang jenis suke survey harga dulu baru membeli. Membeli haruslah bijak, jangan main redah je. Asal berkenan je kenalah rajin-rajinkan diri membuat perbandingan harga. Bukan la nak kata laki ku tak berduit. Tapi kalau isteri asyik boros je, maka tak bergelar Datin la i noksss~ Kohkohkoh! Plus ku grad Math Kewangan so alang-alang kena lah praktikkan dalam kehidupan seharian~ K usah merepek lagi!

14 July 2013

♥Selsema Ketika Mengandung♥

Assalamualaikum....


The time at the moments is 3.30 am. Tapi ku tak boleh tidor langsung! Dah masuk 2 hari ku dijangkiti virus selsema~ Benci sangat2! Dah la kena time Bulan ramadhan yang mulia ini. Yelah memang penyakit tu penghapus dosa tapi ku siyes tak larat sangat-sangat... Sobs... Imagine la sampai tisu PREMIER sekotak 100pcs pun boleh habis! Memang berkepul-kepul la tisu digunakan untuk mengelap hidungku yang cenonet ni. Pedih kot. Ku agak esok-esok konpem menggelupas bawah hidung ni. Nak tidur pun tak boleh sebab hidung gatal je manjang. Asyik nak bersin berhingus je. Hubby ku lak sah-sah terganggu dengan bunyi yang macam hon kapal tu. So, ku pun keluar bilik dan layan citer Teduhan Kasih~

Actually ku sebelum peknen ni memang jenis kuat bersin. Ala-ala resdung gitu. Hidupku dulu time kat Uni ibarat tak boleh hidup kalau takde tisu. My frens da masak sangat dengan perangaiku tuh. Bile dah mengandung takde plak hidung ni buat hal. Dalam sehari tu bersin macam orang normal je. Mengikut fakta dikatakan bahawa time mengandung ni lagi mudah dapat selsema disebabkan imunisasi kita da berubah. Memang cepat sangat terkena demam, batuk dan selsema. Tapi disebabkan before this ku memang kuat minum air masak so Alhamdulillah terhindar dari penyakit-penyakit tu. Di bulan puasa ni ku memang puasa walaupun dah 9 bulan. Memang kurang sangat-sangat la minum air nye. Kalau dulu pantang pegi dapur, bukak peti terus gluppp3 minum air. Sekarang??? Takde makna nya nak minum siang-siang hari. Puasa kauuu~ Time berbuka dah full dengan nasi dan air manis yang dibeli ketika tergoda di bazar Ramadhan. Kohkohkoh!!

11 July 2013

♥Berpuasa Ketika Mengandung 9 Bulan♥

Assalamualaikum....


Alhamdulillah hari ni dah masuk 2 Ramadhan pada tahun 2013. Genap la 9 bulan ku mengandung. Ramai yang bertanya "laratkah berpuasa dalam keadaan sarat tu?" dan "larat ke bawak perut tu??". Alhamdulillah ramai yang concern dengan keadaan ibu-muda ni. Hehe. Kawan-kawan memang sangat-sangat excited sepanjang ku hamil kerana ku yang first-first kawen dan first-first mengandung. Iols baru nak masuk 23 tahun okay. So feeling muda sesangat dah! Padahal ramai lagi ibu-muda macam Dena Bahrin, Atita Haris dan Irine Nadia. Hoho. Kawan-kawanku yang lain 99.9% belum kawen. Dorang still kat Uni, ngah keje dan menanam anggur berkebun-kebun. Terpulang kepada rezeki masing-masing la kan? Macam aku, aku rela korbankan peluang kerja buat masa sekarang. Nak fokus kat baby dulu. Hajatnya lepas baby dah besar sikit ku nak apply keje balik takpun apply sambung masters. Insha Allah!!