09 December 2012

♥Tanda hamil anak perempuan dan lelaki♥


TANDA HAMIL BAYI LELAKI:
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala


TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN:
• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur



sambungan sini http://izninakatsu.blogspot.com/2013/04/mengetahui-jantina-anak-part-ii.html




♥Tanda-tanda mengandung♥

1. Payudara membengkak / terasa sakit: 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 


2. Rasa letih yang melampau:

Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 


3. Mual / loya / muntah:

Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.


4. Lebih sensitif terhadap bauan:

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 


5. Kembung perut:

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 


6. Kerap buang air kecil:

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.


Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 



7. Sakit kepala:

Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 


8. Sakit punggung:

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 


9. Kram: 

Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 


10. Mengidam: 

Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 


11. Peningkatan suhu badan:

Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 


12. Bau Badan: 

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 


13. Pening atau pengsan: 

Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 


14. Keluar darah: 

Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 


15. Keputusan positif  alat ujian kehamilan:

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.




08 December 2012

♥Upt test♥

♥Salam

Sy nk cte sikit pasal UPT tests yg sy da buat. Sepanjang beberapa bulan dalam dilema permainan perasaan ni sy da buat UPT test sebanyak 7 kali. Means 7 batang UPT da guna hoke. Semua tu sbb naluri keibuan membuak2. Sy mmg idam nak ada bby sendiri tambah2 plak jeles tgk kecomelan anak sedare yang debabb tu. Kawan2 yg nikah bulan sama dah positif semua. Lg la mental kan? 

So bermula hari Miss period tu iaitu 12/11/12 ku da test bagai. Negatif. Ngeh2. Selang 3 hari test lagi. Still Negatif. Time tu perasaan je lebih kot. Rase mual, pening, sembelit dan sakit pinggang bagai da. Rupenya tu just perubahan hormon. Wanita2 yg nak sgt anak akan alami la sindrom tu. Then 18/11/12 buat lg. Still -ve jugak. Dalam seminggu lepas tu repeat lagi sampai habis lg 2 batang. Time tu pakai yang brand DIP n Tell dan Sure and Quick. Pakai yang murah-murah je. 

Lepas tu pada 26/11/12 means 2 weeks lewat sy try lg gune Guardian punye. Buat time subuh la. Tapi result negatif jugak ada 1 line je. Sedih gile dan keciwa. Lepas Solat tu doa banyak2 kat Allah. Siap gtau "Ya Allah, kalau betol la ku tak peknen biarlah resultnya -ve tapi kalau aku peknen tolong la tunjukkan keputusan yang sebetolnya. Then ku tdo balik. Ngeh2. Kul 10 ku pegi mandi. Pastu nak la buang UPT tu. Bile tgk balik rupanya ada 2 line!! Tapi sangat kabur. Smpai kan terkeluar biji mata sbb nak make sure kan. Ya Allah! Berkat doa ngn Tuhan. Dia bagi jugak nampakkan line yg blur tu. Tak nak bagi Makhluknya kecewa. Syukur Ya Allah. Malam tu terus pg Guardian beli yang ala Fasha Sandha punye. Digital gituuu.. Subuh esok buat lagi UPT dan Doa lg. Alhamdulillah. Sah peknen!!!! Yea! I am heppi mama. ♥Fullstop!







23|08|2012 ♥solemnization♥

♥Syukur Ya ALLAH. Sy telah diijabkabulkan pada tarikh keramat itu. Xde ape yg dpt gmbrkn my feeling time tu. Heppi-sebak-sedih-bangga bercampur mcm rojak. Heppi sbb dah jd wife org. Sebak sbb da bkn jd milik parent. Sedih sbb ngader2 je nk sedih. Bangga sbb dlm bersusah payah dpt jugak kawen dlm usia muda. Sy ber-umor 22 taun time tu dan bukan senang hoke nk dpt title wife org. Mcm2 onak duri kna redah. Org duk ngate kite gatal la. Family plak mmg xsokong mula2 tu. Lps drama berpuluh2 episode bru la dapat keizinan. Maaf. Sy bukan gatal. Tapi sy xnk tanggung dosa byk2.  Sy x berdaya. Mister syetan suke sgt gngu insan bercouple ni. Hehe. Bukan la nk kata org kapel ni byk buat dose. Ada jgk yg kapel baik2..baik err?? Org kata mncegah lebih baik dr mengubati. Tak gituuu? Haha. 

Btw sy xpenah menyesal kawen muda malah bangga sgt. Proud of myself.  Da xde org nk puji sgt kn...hehe. dan yg paling penting sy amat percaya kpd rezeki lps kawen. Yes. Sy xkeje officially lg but I have my own business. Kck2 je hoke. Tp Alhamdulillah.  Mampu nk menanggung kucing mkn whiskas dan ikan hari2. Hua2. ♥fullstop!