15 July 2013

♥Panduan Memberi Nama Anak Mengikut Islam♥

Assalamualaikum.....



Ibu-ibu mengandung for sure paling excited bab nak bagi nama anak kan? So am i! Saat UPT mula positif dah gigih google nama yang sesuai untuk baby~ Kekekeke! Buku pink belom pun book tapi senarai nama anak dah berjela-jela hoke! Mak Jemahh memang overlicious sikit! Yang lain-lain pun sama kan.........kan.... kan....??? Takyah nak propa sangat oke. Kalau tak full name pun mesti dalam otak memasing dah decide nama pangkal bakal baby tu kankankan? Makjemah faham so xyah nak shy-shy meow! 


So, kita as muslim takleh la suke3 hati je time nak bagi nama. Seeloknya ikut la suruhan Nabi yer takkk??? Tak salah pun nak bagi nama modern bagai tapi haruslah ada maksud elok-elok.  Macam iols, da set da nama yang moden tapi maksud baik-baik. Lets begin!



Doa Ketika Memberi Nama Anak:


Gigih i snap pic dari buku tau~



Masa Yang Afdhal Memberi Nama Anak:


Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW, seeloknya beri nama anak pada hari kelahirannya atau hari ketiga selepas kelahirannya. Jika masih belum diberi nama pada hari tersebut maka boleh ditunda pada Hari Aqiqah. Hari ke-7 pun okay kan???



Pemilihan Nama Yang Utama:


1) Islam mensyariatkan supaya nama-nama anak dipilih daripada nama yang baik-baik. Kerana nama tersebutlah yang akan dipanggil Allah pada hari kiamat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Namakanlah dengan nama para Nabi dan nama yang paling Allah sukai ialah nama Abdullah dan Abdur-rahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah"


2) Lalu para ulama bersepakat untuk mengharamkan semua nama yang mengabdi selain dari Allah. Seperti: Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dll. 

3) Nama yang makruh dan perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. 

4) Kita tidak boleh memberi nama anak dengan nama-nama Allah SWT seperti Ahad, Ash Shamad, Ar-Razaq dll.

5) Kita juga tidak boleh memberi nama seperti nama-nama surah dalam Al-Quran seperti Thaha dan Yasin. Imam Malik mengatakan bahawa makruh nama-nama tersebut digunakan untuk nama anak.



Wallahualam. Sumber dari Buku Si Comel Ku.



Berikut ialah Senarai Nama Yang Dilarang Dalam Islam:



Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya

Afinah = Yang bodoh

Asyar = Paling jahat

Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat

Amah = Hamba suruhan perempuan

Baghiah = Yang zalim, jahat

Bahimah = Binatang

Balidah = Yang bodoh, bebal

Bakiah = Yang menangis, merengek

Baqarah = Lembu Betina

Batilah = Yang batil, tidak benar

Dabbah = Binatang

Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya

Dahisyah = Goncang, stress

Darakah = Kedudukan yang rendah

Daniyah = Yang lemah dan hina

Dami'ah = Yang mengalir air matanya

Fasidah = Yang rosak, yang binasa

Fasiqah = Yang jahat, si fasik

Fasyilah = Gagal, kalah

Fajirah = Yang jahat, yang berdosa

Faji'ah = Kecelakaan

Ghafilah = Yang lalai, yang leka

Ghailah = Kecelakaan, bencana

Ghaibah = Hilang

Ghasibah = Perampas, perompak

Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat

Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

Haqidah = Yang dengki

Hasidah = Yang hasad

Hazinah = Yang sedih

Huzn = Kesedihan

Khabithah = Yang jahat, yang keji

Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu

Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa

Khasirah = Yang rugi

Khamrah = Arak

Jariah = Hamba suruhan perempuan

Jafiah = Yang tidak suka berkawan

Kaibah = Yang sedih

Kafirah = Yang kafir, yang ingkar

Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka

Kazibah = Pendusta, pembohong

Lahab = Bara api

Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah

La'imah = Yang tercela

Lainah = Yang terkutuk

Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi

Maridah = Yang menderhaka

Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu

Majusiah = Agama menyembah api atau matahari

munafikah = Yang munafik

Musibah = Celaka, bencana, kemalangan

Nariah = Api

Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami

Najisah = Yang najis dan kotor

Qabihah = Yang buruk, hodoh

Qatilah = Pembunuh

Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran

Qazurah = Kejahatan, perzinaan

Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat

Razi'ah = Kecelakaan, musibah

Razilah = Yang keji dan hina

Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat

Safilah = Yang rendah dan hina

Sahiah = Yang pelupa

Sakirah = Pemabuk

Syafihah = Yang bodoh

Syaridah = Yang diusir

Syaqiyah = Yang menderita

Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia

Syani'ah = Yang buruk

Syarisah = Yang buruk akhlak

Syatimah = Maki hamun

Syariqah = Pencuri

Talifah = Yang rosak, yang binasa

Tarbiyah = Yang papa kedana

Tarikah = Anak dara tua

Tafihah = Karut

Talihah = Yang tidak baik

Yaisah = Yang berputus asa

Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya

Wahinah = Penakut

Waqihah = Yang kurang sopan dan malu

Wasikhah = Yang kotor

Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu

dombakan orang

Wahimah = Yang lemah

Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk

Wajilah = Penakut

Wailah = Bencana, keburukan

Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan

Zalijah = Kebinasaan

Zalilah = Yang hina

Zalimah = Yang zalim

Zaniyah = Penzina, pelacur

Zufafah = Racun pembunuh



Sumber: sini



No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen