18 April 2013

♥Kesakitan pada Minggu-23 kehamilan♥

Assalamualaikum...


Minggu ni da minggu ke 23 ku peknen. Mase pegi check up kat KK tu JM da siap bagi kertas Tanda-tanda sakit bersalin yang bermaksud ku da difasa serius. Kena alert dengan segala perubahan yang berlaku dan lebih menjaga kesihatan dan pemakanan. Katanya baby pun da makin membesar dan makin memerlukan zat yang lebih dari ibunya. Ku punye kes HB low tak habis-habis. Sobsssss!!! Katanya lagi kalau ku da ada tanda-tanda tersebut tak kira la bape minggu kandungan pun, ku HARUS bergegas ke klinik dengan sepantas kilat!


Tanda-tanda Sakit Bersalin:
  1. Mengalami kontraksi rahim sekali atau lebih setiap 10 minit.
  2. Keluar air ketuban.
  3. Keluar sedikit darah bercampur lelehan servik.
  4. Sakit pinggang atau belakang.
  5. Sakit memulas seperti sakit period.

So far setakat ni ku memang mengalami sakit pinggang belah kanan tetiba je lepas bangun tido sampai la saat ini. Terasa azabnya bile nak membongkok, nak pakai seluar dan kain sembahyang. Sudahnya pakai towel je lah. Nak kencing dan popoo pun sakit jugak tapi nasib baik la tandas jenis duduk. Nak masak pun kemain kena guna kekuda bagai da sekarang. Takleh buat keje sambil berdiri da. Sedih...Tapi yang peliknya kenapa belah kanan  je?? Hurm..Lagi 1 cepat berpeluh lebih-lebih lagi musim panas dekat Terengganu ni. Even lepas mandi tbe2 peluh keluar melalui bawah miss B tu. Kat ketiak takde pun. Aneh-aneh kan? Kena mandi 40x sehari la jawabnya.


Lepas tu ku pun godek-godek application kat market tu. Sebelom ni da install app babycentre MyPregnancy tu. Tapi jenis tamak haloba kan. Haruslah nak extra info gitu. Apps mcm ni sgt best sbb kita bleh track pregnancy kite setiap hari dan apa yang patut kita lakukan bila terjadi pape. Tak rugi langsung install benda ni better la daripada install games ngarut2. Huhu. (Even ku kaki gamer sejati.) FREE oke.


1) MyPregnancy by babycentre






siap ada kick timer so bleh la record bape kali bby bagi tendangan maut!


2) I'm Expecting










ada scan 4D bagai!

Boleh track perubahan berat badan juga.

3) BabyBump


yang ni bleh letak pic pregnancy kite setiap minggu oke. kelas!






♥Praktis make perfect Katanya!♥

Assalamualaikum...


Tak sabar katanya nak dukung baby sendiri~ Haruslah dukung anak orang lain dulu............. Bakat ada ke takde tak penting. Yg penting nanti diriku yang kentot ni la yang kena dukung baby ku yang entah mcm mane  berat nye time kuar nanti.. Hoho! ^0^











Versi ganas kerana faktor berat yer. lenguhh








.
.
.
.


dan......




.
.



Versi meow dari miss Ika kiterr




14 April 2013

♥Set Berpantang♥


Assalamualaikum..



Sekarang ni masih dalam dilema. Tak tahu nak pakai set berpantang yang mana satu nanti. Sekarang ni tak beli pun lagi sebab ada byk masa lagi nak survey-survey dulu.  Lagipun baru nak masuk 6 bulan kan. At least dah 7 bulan baru boleh shopping ape yg patut bak kata orang-orang tua. Takot pape jadi katanya tapi mintak elakkan la. Nauzubillah!! So sekarang ada beberapa pilihan produk yang bermain-main diminda sampai takleh tidor kononnya. Ceh! Huhu. Sebab time pantang nanti kite kena jaga betul-betul. Time tu la kite nak dapatkan kembali shape asal seperti anak dara dulu. Hoi2. ^__^


1)      NONA ROGUY






Mengandungi:
  • PhytoNatal - 90 biji
  • Akar Herbanika - 10 paket
  • Minyak Herbanika - 100 ml
  • Herbanika barut (krim) - 60gm
  • Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
  • Herbanika Lulur - 100gm


Kegunaan:
·      PhytoNatal:

 Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan, melawaskan pembuangan air besar dan mengurangkan berat badan wanita selepas bersalin.
·         Akar Herbanika:

Digunakan secara tradisional sebagai minuman harian untuk memelihara kesihatan, melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan keletihan dan menguatkan kembali badan wanita selepas bersalin.
·         Minyak Herbanika:

Baik digunakan sebagai minyak urutan untuk kesihatan dan menguatkan badan.
·         Uncang Herbanika:

Digunakan secara tradisional untuk mereda dan melegakan masalah keputihan dan gatal-gatal ringan dan pemeliharaan kesihatan bahagian intim wanita selepas bersalin.
·         Herbanika Lulur:

Digunakan secara tradisional untuk wanita selepas bersalin untuk pemeliharaan kesihatan, kebersihan dan kehalusan kulit.
·         Krim Herbanika Barut:

Digunakan secara tradisional sebagai sapuan untuk melega dan mengencangkan kembali otot tubuh terutamanya bahagian perut wanita selepas bersalin.

Harga: RM365 SM, RM370 SS

# Yang ni kakak ipar ku guna dan dy suggestkan pakai yang ni. Sekarang pun dy slim mcm sebelum pregnant. 

info lanjut: sini


2) TANAMERA



Mengandungi:

HERBA PEMBERSIH WANITA
HERBA MANDIAN
MINYAK URUT HERBA
TAPEL
BENGKUNG
TEH HERBA
PILIS
LULUR BADAN HERBA
MINYAK KELAPA DARA
SABUN MANDI HERBA
AIR BUNGA LAVENDAR

Harga: RM360 SM, RM 380 SS termasuk postage
info: sini




# Yang ni produk baru jugak la. Baca testimonial dalam buku PA&MA macam not bad. Plus ada Minyak Kelapa Dara yang memudahkan bersalin. Wallahualam. kat sini pun ada testimonial



3) LEESA FORMULA




#yang ni da biasa org pakai. info lanjut sini





♥Risiko HB Rendah Ketika Mengandung♥





Assalamualaikum...

Mula-mula buka buku merah tu hb 11.7. Kire normal lagi la. Mase tuh kandunganku baru 12 minggu. Sebulan lepas tu pegi check perut rutin hb ku turun 11.6. Seingat ku la mase tu ku consume IBERET FOLIC ACID tu. Tak makan pun ubat 4 beradik yang KKIA bagi tu. Sbb malas nak makan byk2. Hehe~.. Then mase 18 minggu hb ku turun lagi dengan mendadaknya jadi 10.8. Kes nya ku x makan da IBERET tapi gatal2 makan NEW OBIMIN. Huhu. Da mmg tak kena ngan badan kot. Kalau hb bawah 11 tu kire kes berat la. Kononnya akan menjejaskan diri dan mcm2 lg nurse bebel ari tu. Lebih-lebih lagi kalau anak sulung. Katanya ibu peknen sulung tak sepatutnya rendah. Ku ni special kes kot. Hoho. Tapi bile buat ujian darah yang advance tu yakni amik darah dekat lengan tu result berubah plak jadi 9.9. Lagi teruk!!! 


Then doc sarankan tukar makan IBERET balik. Tak tau la NEW OBIMIN tu memang tak menjadi ke atau tak sesuai dgn aku. Tapi ramai jugak kata NEW OBIMIN kurang menjadi berbanding IBERET. Then ku disuruh datang balik KKIA untuk amik darah dan sampel itu dihantar ke PSNZ. Kemain kau jahhh!. Sampai Hospital Besar darah kau. Tapi result nya akan kuar dalam masa sebulan sbb test nya sangat3 sangat3 sangat3 tepat! Nampak tak banyak kali ulang tu? Sbb nak gtau betapa tepatnya. Hoho. So sampai sekarang ku masih tak dapat result tu. 


Then mase kandungan 21 minggu amik darah kat jari result nya hb 10.4 pastu amik darah kat lengan resultnya kembali 11.0. Yea!!! Alhamdulillah. Tapi tak hepi sangat la sbb kena pegi KKIA setiap 2 minggu plak. Dulu sebulan sekali jew. Hoho. Tapi puncanya ku rase sbb ku memang tak makan benda2 yang disuruh tu. Seperti bilis, bayam, hati, kerang dll. Dah takleh nak masuk lam tekak mcm mane? Just depend 100% dengan IBERET. Makan IBERET plak time lepas subuh skali minum jus oren. Tu kire cara yang betul jugak la. Selasa ni pg check lg tak tau la mcm mne. Setakat ni ku try makan nasi lemak ngn sambal bilis dan hati. Org kata makan buah jambu batu pun bleh jugak. Sedap... hoho. 

NEW OBIMIN. Harga dalam RM24.90 something dekat Guardian. Ari tu ada sales dalam RM18.50 je. Ada 30 kapsul untuk 30 hari.


IBERET FOLIC-500. Harga dalam RM35.90 dekat Guardian. Tak penah ada sales lagi. Hoho. Ada 30 tablet untuk 30 hari.

k yang ni ku jumpa info kat GOOGLE.... Layan jerr


PUNCA HB RENDAH:
  1. Peningkatan dalam isipadu darah
  2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  3. Penurunan kadar HB normal
  4. Kurang pengambilan zat besi dalam diet
  5. Kekurang folic acid
  6. Pendarahan gastrointestinal
  7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH:


Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL:
KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu


KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti

  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping 
  • Daging ayam: bahagian dada 
  • Kerang: 20 biji 
  • Ikan bilis 

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin .

- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan

HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

sumber: sini





07 April 2013

♥Petua Banyakkan Susu Ibu♥

Assalamualaikum....

Sekarang ni my pregnancy baru 22 weeks mcm tu. Tapi tergodek-godek plak info sal susu ibu dekat fb PIICM. Haruslah share juge da alang-alang baca kan??? Ngeh3! Da nanti ku pun nak bf bby jugak tkot2 la tak terkeluar susunya walaupun sekarang miss B membesar dengan jayanya! Muahahahahahaha..


Antaranya:
  • Makan:-
  1. Nasik byk2
  2. Sup sayur sawi
  3. Ulam pegaga
  4. Sup lobak putih
  5. Ulam jantung pisang
  6. Kurma
  7. Longan kering
  8. Tapai pulut
  9. Sup sayur daun kucai
  10. Buah tin
  11. Nasi campur halba sikit
  12. Sup buah betik muda campur daging ayam kampung
  • Minum:-
  1. Susu dan air suam byk2
  2. Milo
  3. Jus lobak susu masam
  4. Horlick suam
  5. Air rebusan biji buah mata kucing campur gula batu
  • Selain itu:-
  1. Selalu pam susu
  2. Berurut
  3. Emosi ibu harus bertendang bertenang
  4. Set minda nak bagi susu badan kepada baby
  5. No stress2 ya

Tips diatas kite praktikkan secara manual je. Bagi ibu pemalassss boleh la makan produk-produk yang berlambak dipasaran macam Shaklee tuh. Ku pun xsure nak makan supplement atau nak ikut petua kat atas ni ha. Depend pd mood Miss B la.. Mohon beliau jangan mogok lps deliver nanti. Huhu.


#percayalah!! Baby anda akan sangat hepi dapat BF dari ibunya!!Yea!








06 April 2013

♥Perubahan Emosi dan Fizikal Ketika Hamil♥

Assalamualaikum...



1. Perubahan Fizikal.
  • Miss V-mengeluarkan cecair putih dan melekit.
  • Miss B-saiznya akan bertambah dan terasa berat.
  • Jantung-jumlah darah yang dipam oleh jantung bertambah. Denyutan jantung setiap minit turut meningkat.
  • Tekanan darah-berkurangan tetapi tidak terlalu ketara atau merbahaya tetapi boleh menyebabkan wanita hamil terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu lama atau bangun setelah lama duduk.
  • Paru-paru-kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan, rahim yang membesar dan menekan paru-paru  menyebabkan udara sukar memasuki paru-paru. Ibu hamil harus sentiasa menegakkan pinggang dan merehatkan bahu bagi memudahkan pernafasan.
  • Metabolisme-selera makan meningkat dan tisu-tisu lemak juga bertambah. Perut ibu hamil akan membesar dari bulan ke bulan.
Wanita hamil akan mengalami sakit pinggang, sakit kepala dan sukar tidur di waktu malam tetapi keadaan ini tidak memudaratkan bayi yang dikandungnya. Perubahan-perubahan ini memerlukan persediaan mental dan fizikal untuk menghadapinya serta sokongan dari suami amat diperlukan bagi membantu isteri yang sedang hamil ini. Sentiasalah merujuk kepada doktor sekiranya berlaku perkara yang tidak normal.




2. Perubahan Emosi.

  • Tekanan perasaan pada awal kehamilan sekiranya tidak bersedia dengan kehamilannya.
  • Perubahan ragam dan sikap adalah normal disebabkan perubahan hormon didalam badan.
  • Menjadi lebih sensitif kepada perubahan hubungan kelamin dengan suaminya. Ada yang berkeinginan yang lebih, ada yang langsung tidak mahu melakukan hubungan kelamin. 
  • Mengalami mimpi buruk ketika hampir bersalin.


Setiap wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang berbeza-beza.  Dinasihatkan supaya banyak membaca surah-surah serta doa khusus bagi membantu meredakan tekanan atau sebagainya. Terlalu mengikut emosi akan memberi kesan negatif kepada kandungan. Wallahualam..










*sumber: Buku Si Comel ku- Al Hidayah






03 April 2013

♥Checklist Barang Keperluan Newborn-Surirumah Edition♥

Assalamualaikum...

First of all, kenapa ada edisi surirumah bagai? Haha. Sbb aku setakat ni SRT la kot sampai dapat keje gaji 3k keatas. Kemain kau jahhhh!! Demanding! Huh. As we know, kalau ibu surirumah ni lagi la senang nak besarkan baby. Da mmg tak bekerja kan so boleh fokus 100% dekat anak dan suami tersayang~ Tak payah beli pun barang2 yang tak perlu tu. Kesian suami nanti luruh semua bulu ketiak dy sbb kita mintak dy beli mcm2 kan? (!_!). So apa yang ada disini adalah yang betul2 penting bagiku bukan ibu-ibu lain yang kadang tu gedik lebih nak beli macam-macam padahal tak guna pun. HUHUHU!

Pakaian:
  1. Baju siang 5 helai(2 done)
  2. Baju malam 5 helai(6 done)
  3. Romper 1 set(4 done)
  4. Baju jalan-jalan 2 helai(1 done)
  5. Set sarung kaki+tangan 5 set(5 done)
  6. Topi 1(1 done)
  7. Sapu tangan 10 helai(8 done)
  8. Barut/bedung 5 helai(6 done)
Diapering:
  1. Napkin 1 pek(done)
  2. Diaper newborn min 1 pek besar(done)
  3. Tisu basah(done)
  4. Tikar getah(done)
  5. Pencuci khas 
Grooming:
  1. Bedak(done)
  2. Losyen(done)
  3. Minyak baby(done)
  4. Cotton bud(done)
  5. Cotton ball(done)
  6. Pengetip kuku
  7. Minyak telon(done)
  8. Nappy cream(done)
  9. Bekas bedak(done)
Tidur:
  1. Set tilam+bantal(done)
  2. Katil(done)
  3. Kelambu(done)
  4. Selimut(done)
Mandi:
  1. Tuala 3 helai(done)
  2. Besen khas(done)
  3. Set mandian(done)
Feeding:
  1. Botol+puting(done)
  2. Berus botol(done)
  3. Nipple cream
  4. Nursing pad(done)
  5. Breast pump (Kalau tak nak bagi direct)(done)
  6. Bra 5 helai(30done)
  7. Termos(done)
  8. Bekas susu(done)
Travel:
  1. Beg baby(done)
  2. Carrier
  3. Stroller
  4. Nursing cover
  5. Pemanas botol(done)
Lain-lain:
  1. Toys
  2. Almari baju baby
  3. Bakul nak letak barang-barang grooming(done)
Optional:
  1. Botol sterilizer
  2. Storage bottle(done)
  3. Ice gel
Barang-barang ni better la beli sikit2 setiap bulan. Supaya tak rase terbeban dengan wang yang mencurah ibarat empangan bocor. Huhu. Nak2 kalau 100% duit suami kan? Haruslah pandai membodeknya supaya dy tak rase langsung kehilang duitnya di akaun bulan2. Hehehehehe





♥Mengetahui Jantina Anak Part II♥


Assalamualaikum...

Entry ni ialah sambungan sikit dari entry sebelum ni. Klik sini. Sebab google2 jumpa lagi so share la kat sini. Hehe.
p/s: Baca sahaja boleh tapi jangan percaya bulat2 oke. Biar kite feeling ke-eksaitedan itu sorg2 je. Hehe. Wallahualam

1) Melihat kepada perut si ibu.

Bentuk runcing kedepan= Lelaki
Bentuk bulat bundar / melebar ke tepi= Perempuan

Aku: L

2) Melihat arah tidur si ibu. 

Suka mengiring ke kanan= Lelaki
Suka mengiring ke kiri= Perempuan

Aku: Jap L jap P

3) Merasa arah berat perut. 

Anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan= Lelaki
Anak dalam kandungan suka dok sebelah kiri= Perempuan

Aku: L

4) Melihat perangai si ibu. 

Malas nak bersolek, bergaya= Lelaki
Suka bersolek, bergaya= Perempuan

Aku: L

5) Melihat garisan pada perut ibu. 

Garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus terputus= Lelaki
Sebaliknya= Perempuan

Aku: L

6) Melihat pada wajah si ibu. 

Wajah ibu berseri-seri= Lelaki
Wajah tak berseri orang= Perempuan

Aku: L(orang lain yang nilai yang ni. Hehe)

So kesimpulannya aku rase lelaki la kot. Hehe. Tapi kuasa Allah sape yang tahu?




♥22 weeks Check Up♥

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni 3 April 2013. Memang macam2 benda jadi Huuhuhuhuhu plus Sobssssss. Gile ke ni kejap gelak kejap nanges? Haha. Sbb check up ari ni ada benda lawak ada benda pilu. Yang pilu tu banyak okeh!

8.30 am di KK Kuala Berang.
Act ku buat check up rutin dekat KK Wakaf Tapai. Tp memandangkan akak ku keje c2 maka rase mcm best je buat check up kat situ. Sbb nya lps dapat no terus bleh jumpe akak ku. Xyah trcongok2 14jam main games kat hp dan menguap-nguap 40 kali. Sakit pinggang mak. >.<  Sebenarnya ku start refer Kat sini lepas ku scan baby last month kat KKWT. Kes nya lps scan tu EDD berubah jadi makin lambat 3 week. 3 Minggu tu ibarat 3 tahun oke. So dgn perasaan tak percaya ku adu la kat akak ku itu. Lepas dy scan rupenya mmg sama mcm doc KKWT tu cakap. Hua2. Memang dasar budak degil. Then check hb tgk2 turun lagi. 10.8. So dats y la yg akak ak suruh datang balik tu. Pagi td da pegi skali sana amik darah. Xsure untuk ape. Tapi lps amik darah tu akak ku suruh antar kat makmal. Ku trcongok mcm org gile selama 45 min. Takleh kire da bape juta kali menguap. Memang tak senonoh! Then lps hubby ku topupkan ku trus kol akak ku. Ku tanya la " Memang lame eh result test tu nak kuar?". Bleh plak akak ku gelak2 dy kata sepatutnya aku terus balik je. Sebab result tu kuar lagi 1 bulan. What???!! Dia lupa nak gtau td. Cettt! Then ku pulang la trus.

Total: 1 kali amik darah di lengan.

10.30 am di KK Wakaf Tapai.
Setelah itu ku pun terus bergegas ke KKWT lps bekfes bagai. Bekfes nya nasi goreng+ayam goreng+milopeng di kantin SK Seri Berang tempat laki ku keje. Highlight nya haruslah milopeng sbb gara2 air tu air kencing ku jadi lil kotor la kot. Huhu. Lps dapat no mcm biasa la kan check tekanan darah, berat, kencing dan jumpa nurse. 

Results:
Berat: Naik 1.5kg. ( Naik dari 43kg)
Hb: 10.4 (Turun dari 10.8)
Pressure: 100/70
Air kencing ada slightly bacteria. Air kencing kotor!!!
check jantung baby: 136

Omaigod! Banyak sangat problem kali ni. Kena bebel2 ngn nurse tu. Da ari tu berat ku 3 bulan statik je. Tak naik2 maka haruslah aku makan dgn lahapnya beberapa minggu ni kan? Da la tak muntah2 mcm dulu da. Fine. Then hb low. Memang aku tak leh makan bayam, bilis, hati dan kerang mcm dy suggest tu. Bukan selera iollss. Hehe. Baby pun sama takleh makan. Muntah for sure. Ku makan Iberet memang ikut cara betul gitu. Yakni makan beberapa jam sebelom makan pagi/ lepas solat subuh. Siap minum jus minute maid yang orange tu okay. Bukan sebarangan jus. Huhu. Lepas ni try Blackmores pregnancy plak. Harga guardian dekat2 RM60 tak silap. 60 kapsul untuk 1 month. Biar papa asal sihat! Hehe. Lepas tu pegi cucuk ATT plak sbb dah dapat detect jantung baby plus da menendang dgn jayanya kan. Memang sakit la. Azab gitu. Ku request nak cucuk bahu belah kanan sbb ku drive sendiri pakai manual. Kalau setakat nak buat keje rasanya tak payah kiri kot. Huhu. Drift kereta itu penting!! Kesannya kite akan rase lenguh2 la. Di saat menaip ini pun masih terasa oke. Then ku pg amik darah lg skali kat lengan sbb nak check hb lg skali. Alhamdulillah naik jadi 11.0 walaupun atas pagar. Haha. Jumpe dr dy bebel sal berat dan air kencing kotor, Bahaya nya air kencing kotor ni sebab ada kemungkinan deliver awal nanti. Risiko hb low pun lebih kurang la plus tkot lepas bersalin darah kite akan hilang mcm air paip katanya. Lebih2 lagi anak first kan? Dr tu suruh amik darah lg skali utk ape x ingat da tapi ku cpt2 gtau hari ni da 4kali cucuk. Taknak dah kena lg. Dy gelak dan kata xyah amik lagi la ari ni. Dy nak pantau dulu lg 2 mgu. Selamat!!Dy just mintak ku kencing lagi skali sbb sampel tu nak hantar kat HSNZ. 

Maka, terjadilah kisah dimana ku harus kencing lg skali. Air mineral yang ku bawa tu ku trtinggal atas kerusi kat luar tu. Tetibe je ada budak tumpahkan air kotak milo. Ada la insan yang jahat(hehe) main amik je air ku yg limited edition tanpa rase bersalah. Dy buat bilas lantai dan mop! Watdefish!! Memang mcm org gile la ak cari air masak nak buat minum kan. Sebab time tu memang xrase langsung nak kencing. Setelah puas menunggu ku pun paksa jugak kencing. Sobsss. Keluar la jugak sikit2. Boleh la dari takde. Huhu.

Dah balik rumah KK  kol ku suruh datang balik isnin dan rabu depan. Hadoiiiii la. Terseksa sngguh diri ini demi melahirkan seorang anak. HEhe. Harus tabah demi menjadi ibu sejati.

Total: 2 kali amik darah+ 1 cucuk ATT