06 April 2013

♥Perubahan Emosi dan Fizikal Ketika Hamil♥

Assalamualaikum...



1. Perubahan Fizikal.
  • Miss V-mengeluarkan cecair putih dan melekit.
  • Miss B-saiznya akan bertambah dan terasa berat.
  • Jantung-jumlah darah yang dipam oleh jantung bertambah. Denyutan jantung setiap minit turut meningkat.
  • Tekanan darah-berkurangan tetapi tidak terlalu ketara atau merbahaya tetapi boleh menyebabkan wanita hamil terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu lama atau bangun setelah lama duduk.
  • Paru-paru-kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan, rahim yang membesar dan menekan paru-paru  menyebabkan udara sukar memasuki paru-paru. Ibu hamil harus sentiasa menegakkan pinggang dan merehatkan bahu bagi memudahkan pernafasan.
  • Metabolisme-selera makan meningkat dan tisu-tisu lemak juga bertambah. Perut ibu hamil akan membesar dari bulan ke bulan.
Wanita hamil akan mengalami sakit pinggang, sakit kepala dan sukar tidur di waktu malam tetapi keadaan ini tidak memudaratkan bayi yang dikandungnya. Perubahan-perubahan ini memerlukan persediaan mental dan fizikal untuk menghadapinya serta sokongan dari suami amat diperlukan bagi membantu isteri yang sedang hamil ini. Sentiasalah merujuk kepada doktor sekiranya berlaku perkara yang tidak normal.




2. Perubahan Emosi.

  • Tekanan perasaan pada awal kehamilan sekiranya tidak bersedia dengan kehamilannya.
  • Perubahan ragam dan sikap adalah normal disebabkan perubahan hormon didalam badan.
  • Menjadi lebih sensitif kepada perubahan hubungan kelamin dengan suaminya. Ada yang berkeinginan yang lebih, ada yang langsung tidak mahu melakukan hubungan kelamin. 
  • Mengalami mimpi buruk ketika hampir bersalin.


Setiap wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang berbeza-beza.  Dinasihatkan supaya banyak membaca surah-surah serta doa khusus bagi membantu meredakan tekanan atau sebagainya. Terlalu mengikut emosi akan memberi kesan negatif kepada kandungan. Wallahualam..










*sumber: Buku Si Comel ku- Al Hidayah






No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen