24 June 2013

♥Perut Kecil VS Perut Besar♥

Assalamualaikum....


Setiap ibu yang hamil memang mempunyai saiz perut yang berbeza. Ada yang besar ada yang kecil ada yang normal. Ku plak tergolong dalam golongan ibu bersaiz perut kecil. Means that bile orang tengok perutku semua akan kata "EH keciknya perut!!, EH tak nampak macam mengandung pun, EH tak macam 8 bulan pun!!(time tu ku da 8 bulan) dan macam-macam versi dialog MakJemah lagi~ Redho jelah kan. Dah memang before this tinggi ku 150cm berat lak 43Kg. Takkan la perut ku tibe2 besar kan? Tak sesuai la plak. Nanti org nampak penguin yg jalan kedek-kedek. Huhu

Ku pun xtau punca ni kecik. Orang dulu cakap jangan minum ais time peknen. Takot baby besar. The prob here is ku setiap ari kot minum air berAIS. Tak penah nak miss. Makan kat luar wajib la mintak MILO AIS. Kalau masak sendiri pun ku just minum air minuman dalam peti ais. Still AIS kan? Tapi xde efek pun kat saiz baby ni. 



So, bezanya adalah:
  1. Si kecil masih boleh bergaya macam sebelum mengandung. 
    Si besar boleh bergaya dengan baju ibu mengandung.
  2. Si kecil bebas bergerak ke sana sini.
    Si besar hati-hati mengatur langkah, tapi ada yang sudi bagi tempat duduk kat LRT. 
  3. Si kecil kulit perut nampak cantik lagi.
    Si besar kulit perut sudah ada tanda. 
  4. Si kecil mudahnya kembali ke bentuk tubuh asal selepas bersalin.
    Si besar jom pergi gym dulu. 
  5. Si kecil tak dapat air percuma dari klinik semasa mengandung.
    Si besar dapat air percuma, air glukos dari klinik semasa mengandung. 


Dalam kes ku:
  1. Betul. Setakat 8 bulan mengandung tak ada sehelai pun baju mengandung. Ku still boleh pakai baju kurung lama, blouse dan jubah maxi yang biasa. Takde la baju khusus untuk ibu mengandung. Dah jimat duit disitu~ Lagipun baju-baju mengandung semua saiz besar. Kalau ku yang pakai sah-sah macam pingu.
  2. Betul. So far memang sangat aktif berjalan sana sini sampaikan ada yang tegur ku aktif dan lincah. hehe. Yang tak best no one offer me a sit in LRT!!!!! Ape ke buta kero mata sorang2?? Boleh plak yang sihat sejahtera duduk dekat seat untuk ibu peknen dan membiarkan daku berdiri sambil memegang tiang? Unforgivable~
  3. Betul. Kat perut langsung takde strechmark. Comel je(perasan!)
  4. Yang ni belom tahu lagi.
  5. Betul. Takyah minum air gula pun. Hua hua hua( nada jahat)

Extra: Bile perut kecik takleh shopink awal2 walaupun dah 7 bulan. Orang mengata-ngata seperti yang dah ku nyatakan dalam entry sebelum ni. Geram-geram.

Time 8 bulan

No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen