29 September 2013

♥[Resepi] Kerang Goreng Sambal♥

Assalamualaikum...



Harini ku nak share resepi kerang goreng sambal ala-ala warung di Pantai Sungai Lurus, Batu Pahat. Tapi iols buat versi iols je lah sebab iols tak tahu pun resepi sebenar kedai tu. Maybe dorang ada letak kacang kot dan banyak lagi benda2 yg iols tak letak. Btw my hubby kata rasanya 99% sama! Haha. Masa ku peknen 4 bulan, ku pegi Batu Pahat umah akak ku yg ketiga. Dy lah yg ajak kami makan kat situ. Tiap kali weols pegi BP, konpem hubby akan mintak dibawakan ke sana. Semata2 nak makan kerang goreng sambal yg takde kat Terengganu ni! So balik Trg iols dipaksa utk masak benda ni walaupun ku tak rela~ Haha. Balik umah iols try google resepi tu cis langsung takde??? Makanya iols share la kalau2 ada yg teringin nak makan.. Hoho. Kalau tak sama jgn salahkan iols tapi salahkan ibu mengandung. Opss



Bahan-bahan:
*Kerang fresh 1kg
*Bawang Merah 8 ulas
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 3cm
*Serai 3 batang
*Asam jawa
*Cili kering kisar
*Sos tiram
*gula,garam, aji
*Minyak
#blend bawang merah, putih dan halia


Cara-cara:
  1. Basuh kerang dengan air asam jawa. Bilas. Rendam dulu at least 15 minit. Lagi lama lagi bagus sebab nak bagi hanyir hilang.
  2. Tos kan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang yg dah dikisar sampai wangi.Then tumis plak cili kering sampai masak.
  4. Masukkan sos tiram. Ku main agak2 je. Tak banyak sangat pun.
  5. Masukkan air asam jawa. Make sure bleh melimpahi kerang2 yg ada.
  6. Masukkan kerang dan tutup dengan penutup kuali sampai menggelegak.
  7. Buka penutup, slowkan api dan masukkan garam,gula dan aji smpai sebati. Sederhanakan api dan gaul-gaul sampai air dah kering. 
  8. Siap!
#Iols selalu baca selawat 3x tiap kali ngah masak. Nak lagi sedap katanya~ MIL ajar.





Ni lah rupa nya~ Feberet my hubby dulu kini dan selamanya~ Dlm peti sah2 ada stok kerang yg nak kena buat 2,3 ari skali. Huh!
#kerang ni bukan makan ngn nasi ye puan-puan. Tapi just ratah-ratah sahaja sampai comot tangan dan mulut! k bai!




4 comments:

  1. Sy penah makan ctu..sedap bangat!! Tp lan mcmne ea dia kopek sebelah kulit tuh.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing.... naseb jumpa jugak resipi dia..
    esok try... :)

    ReplyDelete
  3. Hem temoat saya nie..maklum sy org rwngit selalu juga pergi.. tapi skrg kerangnya kecik2 . Saya lagi suka kupang..

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen