20 September 2013

♥Nyamuk Yang Mengganas♥

Assalamualaikum..


Tajuk tak bleh bla.. haha. Ah tak kire r! Sbb nyamuk memang kejam yg amat terhadap daku and Sophia. Pantang nmpak kami ber2, mesti nak gigit kami yg innocent ini. Pantang "lepa" sikit je mesti ada kesan peninggalan penjajah yg comel wrna merah iteww~ benci2! Weols tau weols darah manis tintin tapi sila la hisap darah org lain yg bukan kulit sensitif tu. Kami ni memang kulit manja. Kena gigit semut atau nyamuk kompen berbintik2, gatal2 dan bengkak2. Huh! Semua terjadi time ku berpantang dirumah in laws.  Rumah tu kat kampung2 dan dikelilingi pokok2 banyak. Nak2 musim buah aritu. Banyak la nyamuk dan semut2 hitam kecik berkeliaran dimana2 je dlm rumah tu. Time ku duk menyalai tu tetibe je rasa gatal2 tgk2 da dinodai tanpa sedar! Baby pun kena banyak jugak. Nak2 time dy tidur dalam buai. Sah2 la tak cover pakai kelambu pun. Tak beli. Leceh r nak kelambu bagai. Huahua. Kadang2 tu bile baby tgh tdor dy tetibe nangis so ku pelik la. Nak kata dy lapor ku da bagi susu sampai kenyang dah. So ku assume dy ada nightmares. Rupenye kemain semut2 hitam tu duduk kat celahan leher anakku yg berlipat bagai tu. (Beliau bambam ye bukan gemoks) Makanya pelbagai ubat dan cara yg ku lakukan. Ayuh kita tgk~ 



1) Kelambu

Cara ni hanya valid utk menghalang nyamuk sahaja dari hinggap baby. Semut2 still dapat masuk dan menggigit dengan tidak segan silu. Plus kelambu hanya boleh dipasang kalau baby diletakkan diatas tilam. Kalau letak dalam buai kita haruslah beli kelambu khas untuk buaian. Leceh jugak nak pasang dan cabut bila baby merengek2 taknak duk dalam buai. Ku pun ada beli tilam baby berserta kelambu. Pun leceh sebab kemain zip rapat pastu Sophia gedik2 nak mama dy dukung. So skrg da tak pakai tilam tu. 


Ni kelambu yg ayah mertua belanja. Jenama pureen.

Ni la tilam berkelambu. Beli on9 RM55 kot. Guna seminggu dua je pastu tersadai dalam stor. Hehe. Sape nak beli bleh komen ckp "Nak!"


2) Ubat nyamuk eletrik

Seperti semua sedia maklum, ubat nyamuk lingkaran coil tu sangat la tak sesuai utk bayi kerana asapnya yg beracun itu. Tak sesuai langsung! So da reject awal2. Ku beli yg eletrik bagai jenama cap2 ayam je. Ingatkan menjadi la. Rupanya makin rancak nyamuk menggigit anakku. Makin bertambah2 je bintik2 merah. Cis! Mungkin sebab terlalu murah maka power pun kurang lalu membuatkan nyamuk langsung tak takut malahan lagi mengganas utk membalas dendam! So cara ni tak berkesan.


Kiri: ubat nyamuk eletrik jenama jumbo kot
Kanan: pureen rekito mosquito repellent liquid. Rm15.90 beli kat pasaraya xiri.


3) Semburan ubat nyamuk repellent 

Iols rasa cara ni lah kot paling berkesan dan selamat utk bayi. Ku beli brand Pureen yg sah2 for kids n off kosss mama leh guna jugak~ muahaha. Just sembur-sembur dekat kawasan berdekatan baby dan zappp! Hasilnya takde nyamuk atau serangga berani2 mengganggu gugat anakku yg enak2 tidor. Jangan sembur kat kulit dy sebab takot dy ada allergic ke hape. Just sembur rapat2 jgn bagi semburan tu "bertaburan" diudara. Takot baby kite tersedut udara yg ada ubat nyamuk tu. Mosquito repellent ni ada jenis cecair dan ada jenis mcm sticker tu. Yg sticker lg senang sebab just tampal2 je kan tapi harga nya lagiiii mahal kot. Rm1 sekeping camtuh. Cis. Dah r tahan 4jam je. Takde gambar lak nak tunjuk. Sila Google sendiri~ muahaha. 

4) ubat sapu

Untuk aku, aku pakai Mopiko. Digunakan utk melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk atau serangga. Juga utk melegakan sakit2 otot yg ringan. Katanya~  sangat berkesan. Ku sapu2 kat kawasan kena gigit tu. Pastu berkurangan rasa gatal2 dan esok tu terus hilang kesan merah. Alhamdulillah. Ku tak sapu kat baby takot tak sesuai dgn bayi. Umur 2 taun keatas boleh la kot. Selain tu ku guna Econazine utk hilangkan bengkak2 lepas Sophia digigit nyamuk dan semut. Utk melegakan gatal2 dy. Yelah baby kalau dy gatal2 pun dy bukannya pandai gitau kite. Dy just resah sorg2. So sebagai ibu yg memahami harussslah segera menyapu ubat ni. Safe for children. Make sure jgn sapu dekat tempat yg dekat dgn tangan dy. Tangan baby kan selalu gerak2 kadang2 terkena ubat yg kite sapu tu pastu masukkan dalam mulut dy. Hati2.


Harga tak ingat da.



Alhamdulillah balik umah sendiri takde nyamuk sangat. Semut tu lagi la takde. Sebab mama da bunuh2 semut2 yg ada depan mata. Dulu masa peknen ku tahan sabar je bile ada nyamuk dan semut duk lenggang2 depan mata. Yelah mana leh membunuh binatang time mengandung. Katanya~ so skrg ku balas dendam dan menjadi kejam! Miyahahahahahaha (nada jahat)

K. Bai 



Sophia tdo lena otw balik umah sbb dy tau dy takkan digigit da dirumah mama and aboh dy~ kohkoh




No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen