16 June 2013

♥Tips Mudah Bersalin♥

Assalamualaikum...


Sekarang ku da 8 bulan mengandung. Setiap hari ku asyik risau dan macam-macam benda yang bermain difikiran sampai takleh tidur. Tiap kali baca testimoni orang lain bersalin offkoss la menitik air mata. Kes terharu kononnya. Tapi lepas tu terus pucat muka sebab takot bile sampai turn aku nanti! Takot2!! Semua pengalaman ibu-ibu yang deliver anak sulung memang tidak ada satu pun yang kata senang. Semuanya sakit, amik masa berjam-jam, gunting, jahit dan macam-macam lagi. Pendek kata semuanya lebih kurang sama je. Dah la baby lam perut ni sangat-sangat aktif sekarang. Dah perut ibu lak kecik kan mesti dy rasa sempit kat dalam tu. So memang terasa sangat kaki dan siku dy kalau dy gerak-gerak. Sakit la jugak. Kadang-kadang terkejut pun ada bile tibe-tibe dy kick kuat-kuat! Sakit noks~ Takpelah ibu maafkan. Janji ibu tahu awak sihat dan aktif. Hehe. Tapi bile daddy dy pegang suruh kick takde plak dy nak kick. Berlakon sopan la tuh. 



Antara tip agar mudah bersalin:

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-Quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor seperti:

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby)



Ya Allah. Permudahkanlah proses kelahiran bayiku. Mudah-mudahan semuanya selamat! Amin!!










5 comments:

  1. lain org lain pengalaman bersalin.. saya melahirkan 2 org hero melalui czer..dua2 sbb poor progress..mmg xde rezeki nak lahirkan anak cara normal..mmg czer ni sakitnya lpas bsalin tp bila tgk baby lahir sihat, terasa berbaloi sakit tu..walaupun pergerakkan kita jadi lmbat sbb menahan sakit lpas czer tu tp kita akn sedaya upaya nk hndle baby sndiri..sy sarankan awak sediakan nursing pillow utk memudahkan awak menyusu baby, lbh2 lagi kalo awk bsalin secara czer..sgt2 membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing sis. Mcm kebetolan plak. Sblum ni da niat nak bersalin normal. Tbe2 scan arini doc kata ada mslh dgn uri. Kalau uri tak naik jgk mmg trpksa czer... tp harap sgt dpt deliver normal

      Delete
  2. hai, salam perkenalan. due kita sama bulan la..cuma edd saya 20 aug, skrg 31w 2d. walaupun pregnant anak ke-2, hati tetap berdebar-debar tunggu kelahiran baby..lagi-lagi bila scan last week doc kata baby besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah~ dah anak ke2..hehe. moga2 kedua ibu dan bby selamat dan sihat. Nevess jugak ni

      Delete
  3. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen