24 June 2013

♥Boy or Girl???♥


Assalamualaikum...



Wah3~ Hari ni ter-rajin plak meng-update belogg sampai 3 entry terus. hehe. Rajin MakJemahh malam ni~ Gara-gara kecewa sebab Che Ta tak masuk final MasterChef Musim 2. Harussslah mengubati hati yang duka nestapa dengan berbelog. Puas da tgk blog lain takde update so beta la yang kena update. Chewah~ Tetibe rasa nak jadi detective malam ni. Yakni buat penaakulan mengenai jantina anak sendiri~ hehe. Ayuh sama-sama menentukan jantina bayiku ini! ayuh!! Dun be shy-shy meoww. Callo betey!



1)Berdasarkan ENTRI 1 ku sebelum ni:

TANDA HAMIL BAYI LELAKI:
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.(Y)
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit(N)
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh(N)
• perut anda kelihatan bulat sempurna(Y)
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap(Y)
• bentuk perut condong ke arah bawah(Y)
• sukakan makanan yang masam dan masin(Y)
• suka makan daging dan keju(N)
• tapak kaki selalu berasa sejuk(N)
• tangan selalu kekeringan(N)
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur(Y)
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.(Y)
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar(N)
• selalu sakit kepala(Y)


TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN:

• mengalami morning sickness di awal kehamilan(N)
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung(Y)
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan(N)
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya(N)
• bentuk perut condong ke arah atas(N)
• perut tampak agak lonjong(Y)
• mengidam makanan yang manis(N)
• sukakan buah-buahan(N)
• suka minum air atau jus yang bersifat masam(Y)
• anda lebih cerewet semasa hamil(N)
• mudah moody berbanding sebelumnya(N)
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil(N)
• tidak suka makan roti bersama kulitnya(N)
• payudara kelihatan mengembang(Y)
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur(N)

Keputusan: Banyak memihak kepada lelaki




2)Berdasarkan ENTRI 2 ke sebelum ni:

Keputusan: Semua memihak kepada lelaki


3)Berdasarkan Teori Cina Purba:




Keputusan: Ku disahkan mengandung pada November masa umur 22 tahun. So Perempuan.


4)Berdasarkan Teori Ibnu Sina:

Tanda-tanda anak lelaki :

1. Darah wanita yang mengandung anak lelaki lebih panas berbanding mengandung anak perempuan.
2. Mempunyai warna kulit yang lebih elok.
3. Lebih banyak pergerakan.
4. Keadaan kulit yang lebih bersih.
5. Nafsu makan yang lebih betul.
6. Gejala tubuh yang lebih terkawal.
7. Terasa berat di bahagian kanan tubuh.
8. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.
9. Perubahan warna puting susu payudara berlaku dari sebelah kanan.
- Air susu akan mula keluar dari sebelah kanan.
- Air susu tersebut bersifat tebal dan lekit.
10. Air susu seperti raksa (merkuri) jika dititis di atas cermin dan dipancarkan ke arah matahari.
11. Puting susu akan membesar kemerah-merahan.
12. Salur-salur darah pada kaki ibu mengandung berwarna merah, bukannya hitam.
13. Denyutan nadi pada kaki kanan ibu mengandung berkeadaan lebih kuat dan penuh (dengan darah).
14. Wanita mengandung akan memulakan pergerakannya dengan kaki kanan terlebih dahulu.
15. Ketika bangun, wanita mengandung bergantung kepada tangan kanannya.
16. Pergerakan mata kanan wanita mengandung lebih ringan dan cepat.
17. Janin lelaki akan mula bergerak selepas tiga bulan.
18. Air liur wanita mengandung menjadi manis.
19. Nifas selama 25 hingga 30 hari.

Tanda-tanda anak perempuan :

1. Janin perempuan akan mula bergerak selepas empat bulan.
2. Air liur wanita mengandung menjadi pahit.
3. Nifas selama 35 hingga 40 hari.



Keputusan: Terlalu complicated. Beta pening sangat yang mana satu jadi kat diri~ Pengsan





Kesudahannya tunggu je beliau keluar nanti~ Huhu. Btw 2x scan 2D doktor tak nampak angry bird. 











1 comment:

  1. Info yang sangat menarik dan bagus. Tidak pasti sama ada saya perasan atau tidak tanda-tanda tersebut. hahahahah

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen