11 July 2013

♥Berpuasa Ketika Mengandung 9 Bulan♥

Assalamualaikum....


Alhamdulillah hari ni dah masuk 2 Ramadhan pada tahun 2013. Genap la 9 bulan ku mengandung. Ramai yang bertanya "laratkah berpuasa dalam keadaan sarat tu?" dan "larat ke bawak perut tu??". Alhamdulillah ramai yang concern dengan keadaan ibu-muda ni. Hehe. Kawan-kawan memang sangat-sangat excited sepanjang ku hamil kerana ku yang first-first kawen dan first-first mengandung. Iols baru nak masuk 23 tahun okay. So feeling muda sesangat dah! Padahal ramai lagi ibu-muda macam Dena Bahrin, Atita Haris dan Irine Nadia. Hoho. Kawan-kawanku yang lain 99.9% belum kawen. Dorang still kat Uni, ngah keje dan menanam anggur berkebun-kebun. Terpulang kepada rezeki masing-masing la kan? Macam aku, aku rela korbankan peluang kerja buat masa sekarang. Nak fokus kat baby dulu. Hajatnya lepas baby dah besar sikit ku nak apply keje balik takpun apply sambung masters. Insha Allah!! 



Alhamdulillah. Sepanjang berpuasa baby behave sopan santun. Tak meragam. Bila kira kick-counts still lebih 10kicks! Itu sudah cukup memadai. Ku dah berazam nak puasa penuh sampai lah ku deliver. Yelah dah tak lama lagi kan? Ku target lagi 2 minggu. Kepala baby dah masuk laluan dan ada la tanda-tanda sikit. Neves mak!! So, taknak la ganti puasa banyak-banyak. Hoho. Time sahur ku just makan roti Gardenia 2 keping yang ditenyeh Nutella/ Lady Choices. Minum air milo panas-panas dan banyakkan air kosong. Yang penting jangan sampai dehydrated. Tanda kalau nak tahu kite dehydrated ialah bile kencing kuning dan berbau. Pastu setiap wanita kan berbeza-beza. Jangan ikut cara ibu lain berpuasa. Tengok tahap ketahanan sendiri dulu. Make sure refer kat doktor masing-masing. Kalau dah rasa macam nak pitam, muntah-muntah dan tak larat sangat-sangat jangan la paksa diri okay?? 


Time berbuka lak ku makan je nasi kerabu+daging+ayam madu terus sebab takde beli kuih-kuih atau kurma. Kitorang pegi bazar dah pukul 7. Tak banyak lah yang tinggal. Harini haruslah faster-faster serbu bazar. Hohohoho. Pastu makan Iberet 2 jam lepas makan malam yang terakhir. Begitu la untuk malam-malam seterusnya sepanjang Ramadhan ni. 



Untuk ibu-ibu tidak berpuasa/berbuka awal:
  1. Kalau berbuka kerana bimbangkan kesihatan dan kemudaratan keatas diri sendiri maka wajib ganti sahaja.
  2. Kalau berbuka kerana bimbangkan baby sahaja maka wajib ganti dan fidyah.

Masuk harini ku tak berjaya lagi menunaikan terawih~ Sedihhhhh! Insha Allah tahun depan la kot andaikata masih berpeluang bernafas dibumi Allah ini.Daa



2 comments:

  1. Salam. dear, boleh tahu, Atita haris tu siapa? n cmne boleh jd femes tu? hehe. tertanya2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dy femes kat instagram sbb baby dy si opie comel. Ari2 dy up pic bby dy smpai dah besar skrg.

      Delete

para-para ibu comel men-komen