22 May 2013

♥Senarai Persediaan untuk Bersalin di Hospital♥


Assalamualaikum...

Minggu ni dan masuk 28 weeks pregnancy. Semalam da scan gender (update later). Orang kata dah masuk kandungan 7 bulan dah boleh buat macam-macam yang sebelum ni tak boleh. Mengikut adat katanya~ Cthnya: dah boleh pegi scan jantina. Boleh buat kenduri Solat Hajat. Boleh shopink barang-barang baby(padahal dah lebih 90% yang ku dah shopink.Hehe..Maafkan daku~) Sebenarnya takde masalah pun kalau kita nak shopink awal2. Itu semua atas pendapat masing-masing la kan? Kalau aku, ku mmg jenis tak kisah pun nak shopink bile2. Asalkan kita larat, ada masa dan yang paling penting ada duit. Takyah nak pikir sangat pandangan orang lain tu. Hehe. Disebabkan untuk anak first ni memang nak kena beli macam-macam so duit pun nak kena pakai banyak jugak. Oleh kerna ku belajar matematik kewangan so tak guna kalau tak aplikasikan dalam kehidupan. Tak gituuu~ Ohoho. So, bile dah berkenan dan duit ada beli je dulu. Tak yah nak tunggu sarat baru termengah-mengah nak shopink. Oleh kerna checklist  newborn dah nak settle, maka ku proceed dgn checklist baru plak. hoho


Main things: (takde ni sila u-turn 360 darjah!)
  1. Buku merah/pink checkup bulanan
  2. IC

Untuk ibu dan baby dalam labour room: (letak siap-siap dalam 1 beg)

  1. Baju baby lengan panjang-1(done)
  2. Mitten n booties-1(done)
  3. Pampers-at least 1(done)
  4. Barut-1(done)
  5. Bedung-1(done)
  6. Stokin ibu-1(2 done)
  7. Towel kecil-1(done)
  8. Tisu (sebab ku mudah selsema dalam aircond)(done)
  9. Surah  dan doa-doa memudahkan bersalin. Print dan kelipkan skali.
  10. Kurma nabi 
  11. Air selusuh
  12. Air zam-zam
  13. Hp: sebab nak main facebook dan terus instagram lepas deliver. (Hehe. Tipu je)

Untuk baby kat wad: (berkonsepkan biar lebih asal jangan kurang)
  1. Pampers newborn. (bawa sebundle terus senang)
  2. Baju siang -4
  3. Baju malam -4
  4. Towel mandi
  5. Sapu tangan -5
  6. Mitten n booties -4
  7. Barut -4 
  8. Bedung -3
  9. Topi -2
  10. Set mandian dan grooming (pek kecil) 
  11. Wet Wipes dan Rubbert Sheet
  12. Bantal baby

Untuk ibu kat wad:

  1. T-shirt lengan pendek -4 
  2. Cardigan -1 (tutup aurat)
  3. Sweater -1 (time sejuk)
  4. Stoking -2(done)
  5. Kain batik -3(done)
  6. Nursing bra -2(done)
  7. Disposable panty -sepeket(done)
  8. Maternity pad(done)
  9. Towel mandi(done)
  10. Selipar
  11. Toiletries
  12. Tisu
  13. Tudung -2 (senang yang awning main sauk je)

Makanan dan minuman: (letak dalam bakul siap-siap)
  1. Air minuman -3 botol yang 1.5liter
  2. Biskut
  3. Nestum
  4. Termos
  5. Tisu
  6. Cawan dan sudu
  7. Milo 3in1
  8. Roti

Lain-lain:

  1. Hp (tersangat penting uolls!!)
  2. Charger/powerbank
  3. Majalah
  4. Plastik nak isi baju kotor
  5. Handbag
Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. Amin!
sumber: sini




2 comments:

  1. Thanks for the info sis. Saya nak share dalam blog saya ya.
    www.caramudahhamil.com

    ReplyDelete
  2. Bley bawa bekal set bersalin Shaklee sekali..
    www.Ibusrikandi.com

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen