31 May 2013

♥28 weeks 2D scan di Pusat Perubatan Intan♥

Assalamualaikum...




Nah. Besar gedabak upload pic scan tuh. Huhu. Kang tak nampak plak dah la 2D je. Sobbing hardly~ Kat terengganu ni memang la susah sesangat nak jumpa Klinik yang buat 3D/4D. Kalau ada pun dekat KTS tu tapi harganya tak silap dekat-dekat RM400 jugak. Kalau salah sila betulkan. Hoho. Lagi satu dengar-dengar orang cakap dekat Paka. Tapi xde la murah kot. Plus jauh la jugak dari umah ku ni. So ku decide nak scan 2D jelah. Tak sabar nak tahu gender katanya~ 


So, first2 kami pegi la Klinik Ummi Azizan yang dekat Mydin lama tuh. Kami sampai dalam pukul 9 malam kot. Orang tersangat la ramai plus rasanya ada 1 je doktor. Malam tu kami nak pegi shopink kat MydinMall jugak so kami tunggu-tunggu sampai la pukul 10 macam tu. Still xdapat masuk lagi. Macam lambat je servisnya. So kami decide cancel je!! marah*marah*marah..Tanpa sepatah kata kami chow~ hehe. Klinik ni ada kawan yang suggest dy cakap murah kalau scan. RM30 sahaja. So sape-sape nak pegi sila pegi waktu office hour keh. 


Klinik Ummi Azizan
12-A, Jalan Kota, Kuala Terengganu, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6245292


Then ada kazen sebelah suami cakap scan kat Pusat Perubatan Intan pun murah. Rm35 je. Dah la dekat je dgn rumah mertua ku. Dalam 5,6 minit dah sampai. Kalau pegi jalan kaki boleh terberanak dulu kat tepi jalan. Hehe. So lepas solat maghrib kami terus pegi. Tengok-tengok ramai jugak manusia nya. Hadoi la kalau da namanya malam konpem-konpem la klinik penuh! Terus daftar semua pastu yang bestnya kite boleh tahu turn kite dekat waiting list. Hoho. kelassss~ At least takder la tertanya-tanya "lambat lagi ke aku ni?? Kang aku blah kalau lambat lagi.." Pesakitnya ramai jugak walaupun klinik swasta dan ku pun wondering la kenapa?? Hehe. Bukanlah nak kata dorang tak mampu, aku je mampu macam tu tapi memang pelik la jugak kan? Hehe. Then ternampak board yang tertulis syarikat panel under Intan ni. Fulamakkk! Banyak gegiler so no wonder la ramai client. Dorang boleh claimn je dari company masing-masing. Kadang-kadang anak demam biasa-biasa je pun dorang gigih bawak ke klinik alang-alang free kan. Hoho.Kat sini bilik doktor ada 2 so takde la sakit hati sangat menunggu....


So dah dapat masuk tu teruslah cakap nak scan. Doktor tu sangat-sangat keibuan macam tu. hehe. Yang amazingnya bila scan doc cakap Insha Allah ****** ni. Aku and hubby terkezutt la sebab memang unexpectable langsung gender tuh. Sebab dari saat ku peknen ku bernaluri kuat menyatakan sebaliknya. Macam menipu je tanda-tanda ni! Tapi kami redha je. Tak kisah lelaki atau perempuan yang penting sihat dan sempurna fizikalnya. Alhamdulillah. Then dapat EDD baru. Yakni raya ke 2~ Omaigoddd. Tak beraya sakan la daku tahun ini. Sobbs. Takpelah yang penting semua selamat sejahtera hendaknya. Lepas tu balik umah ku gigih on9 sal scan gender ni. Rupanya tak boleh percaya 100% pun. Ramai je yang mula-mula scan boy tapi kuar girl. Yang mula-mula scan bleh nampak beberd tu tibe-tibe kuar bunga kan. So, kalau yang scan girl tapi kuar boy tu lagiiii la tak mustahil kan? Semuanya kuasa Allah Taala. Kita mampu berserah sahaja. So hajat dihati nak deliver kat sini jugak. Doc tu cakap just datang lagi skali untuk dapatkan rekod latest kesihatan. Takyah book bagai. Senang kan? Kos deliver sini dalam RM1000-RM1500 camtu je. Takde mahal sangat. Hehe. Tapi dorang tak amik kalau ibu ada problem seperti songsang etc. 



Pusat Perubatan Intan
No 2236 Jalan Kelantan, Kampung Padang 20050, Kuala Terengganu.
Tel: 09-6241458


Antara sebab ku nak deliver di swasta:
  1. Kat Intan doktor semua perempuan. Sah-sah dapat menyelamatkan maruah diri dan suami. Taknak lah doc lelaki. Yang tu dah last option.
  2. Serik tgk akak beranak dekat HSNZ tahun lepas. Admit pukul 4pagi tapi petang tu still tak dapat katil sendiri. Terpaksa tahan sakit dekat atas kerusi biasa je. Katanya bilik penuh!! Dah la sakit gile kan tetibe takde katil nak baring-baring. Kalau swasta kite akan dapat bilik sendiri plus family boleh masuk.
  3. Tak rela diri ini dipergunakan oleh student praktikal. Yang sibuk tgk kena jahit beramai-ramai tu. Please not me!
  4. Anak first, so ku nak jugak merasa dilayan bak puteri oleh suami. Hehe. Lagipun ku memang manja tak boleh sakit. Kalau gomen bertambah-tambah la sakit dengan layanan yang takbapenakfirstclass tuh.

P/s: Minggu ni mengidam nak makan ni je. Orang panggil salak hutan. Setakat ni dah makan sorang-sorang dekat 3 Kg



7 comments:

  1. same here..my due pon 2nd day raya..tp dah ank no3 :)...sampai blog ni after google pasal klinik swasta di Trg..

    Tp kan Klinik Intan and keluarga cuti2 hari time raya...sungguh merisaukan..and KTS doc pun nak bercuti time raya..not sure ada ganti ke tidak...this week baru check up with KTS dan baru nak tanye...

    ReplyDelete
  2. thanks for coming sis~ Hehe. risau jugak sal tu. Kalau boleh nak deliver awal dari EDD tu(suke2 je. hehe). lepas tanya share2 tau.

    ReplyDelete
  3. Hari tu pergi KTS..doc tak cuti raya,yeay,doc lelakila tapinya..deliver 1st kid dgn doc ni last 6 years..ok doc nye..tp tu la sy pon nak deliver awal2...kat KL pon takpe..tp at least 2 weeks earlierlah...kalo seminggu before due..rase dah balik kg..jom deliver di KTS :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohoho.. good2. Kat Kts mst lg mahal ni. Nak intan jugak!! Haha

      Delete
  4. Mana2 hospital skrg boleh request doktor...nak dr lelaki, pompuan, khunsa...tapi kalau dah tak ada dr pompuan dan yg ada dr lelaki je. so tunggu je la situ smpai ada pompuan tapi harus diingat KTS bukan KMC anak tiri kerajaan negeri...kalau ada komplikasi...HSNZ juga solutionnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Dtg umah org x beri salam. Thanks 4 dat. Btw org da siap beranak pun so xyah kecoh2 nak kondem org. Bkn anda sorg je staff hospital. Tq

      Delete
    2. klinik intan mmg terbaik kan akak. service mmg lembut je.staff sume ok. heheheh

      Delete

para-para ibu comel men-komen