31 May 2013

♥Laundry Baju Baby♥

Assalamualaikum...


Orang kata baru 7 bulan so awal sangat-sangat kalau nak basuh baju. Lalu ku kata "peduli hape cakap orang??" Hehe. JM kat KKIA pun da sibuk suruh ku packing beg baby sebab bile-bile mase je dah boleh beranak kan. So at least kalau emergency kite da prepare ape yang paling penting. So, sebelom packing tu haruslah basuh semua baju yang dibeli. Takkan nak bagi baby pakai baju yang fresh-fresh dari kilang tu? Kalau kite sendiri pun boleh dapat gatal-gatal kalau pakai baju yang belum dibasuh, takkan la baby kite yang berkulit lembut tu boleh dibiarkan kan??? Please sayangi bayi anda. hehe.So, hasilnya banyak jugak. Kalau timbang ada lah dalam 5,6 kg. Mahu patah pinggang kalau basuh pakai tangan. Hehe. Ku laundry pakai mesin je sebab rasa macam lagi bersih plus malas. hehe. Takot musibahnya yang bakal menjelma dikala malam hari. Tidur pun susah sebab sakit belakang. 


Ni hasilnya~











Oh ya ku memang jemur kain dalam bilik je. Sebab cuaca tak menentu. Malas nak berlari-lari angkat kain time hujan. hehe. Plus di kawasan umahku ni ada je orang yang membakar sampah. So melekat-lekat je bau asap kat kain. Hehe. Cerewet gile aku!!! Kalau macam ni ku bebas nak angkat dan jemur anytime i want. Kalau rajin terus angkat dan buat  pekasam dulu dalam bakul. Tunggu next round baru boleh lipat. hehe. Malas nye lahhhhhh!! Ku mengamalkan konsep "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" (poyo) Anyway detergent tuh sangat wangi~ Beli time expo itu hari~.




♥28 weeks 2D scan di Pusat Perubatan Intan♥

Assalamualaikum...




Nah. Besar gedabak upload pic scan tuh. Huhu. Kang tak nampak plak dah la 2D je. Sobbing hardly~ Kat terengganu ni memang la susah sesangat nak jumpa Klinik yang buat 3D/4D. Kalau ada pun dekat KTS tu tapi harganya tak silap dekat-dekat RM400 jugak. Kalau salah sila betulkan. Hoho. Lagi satu dengar-dengar orang cakap dekat Paka. Tapi xde la murah kot. Plus jauh la jugak dari umah ku ni. So ku decide nak scan 2D jelah. Tak sabar nak tahu gender katanya~ 


So, first2 kami pegi la Klinik Ummi Azizan yang dekat Mydin lama tuh. Kami sampai dalam pukul 9 malam kot. Orang tersangat la ramai plus rasanya ada 1 je doktor. Malam tu kami nak pegi shopink kat MydinMall jugak so kami tunggu-tunggu sampai la pukul 10 macam tu. Still xdapat masuk lagi. Macam lambat je servisnya. So kami decide cancel je!! marah*marah*marah..Tanpa sepatah kata kami chow~ hehe. Klinik ni ada kawan yang suggest dy cakap murah kalau scan. RM30 sahaja. So sape-sape nak pegi sila pegi waktu office hour keh. 


Klinik Ummi Azizan
12-A, Jalan Kota, Kuala Terengganu, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6245292


Then ada kazen sebelah suami cakap scan kat Pusat Perubatan Intan pun murah. Rm35 je. Dah la dekat je dgn rumah mertua ku. Dalam 5,6 minit dah sampai. Kalau pegi jalan kaki boleh terberanak dulu kat tepi jalan. Hehe. So lepas solat maghrib kami terus pegi. Tengok-tengok ramai jugak manusia nya. Hadoi la kalau da namanya malam konpem-konpem la klinik penuh! Terus daftar semua pastu yang bestnya kite boleh tahu turn kite dekat waiting list. Hoho. kelassss~ At least takder la tertanya-tanya "lambat lagi ke aku ni?? Kang aku blah kalau lambat lagi.." Pesakitnya ramai jugak walaupun klinik swasta dan ku pun wondering la kenapa?? Hehe. Bukanlah nak kata dorang tak mampu, aku je mampu macam tu tapi memang pelik la jugak kan? Hehe. Then ternampak board yang tertulis syarikat panel under Intan ni. Fulamakkk! Banyak gegiler so no wonder la ramai client. Dorang boleh claimn je dari company masing-masing. Kadang-kadang anak demam biasa-biasa je pun dorang gigih bawak ke klinik alang-alang free kan. Hoho.Kat sini bilik doktor ada 2 so takde la sakit hati sangat menunggu....


So dah dapat masuk tu teruslah cakap nak scan. Doktor tu sangat-sangat keibuan macam tu. hehe. Yang amazingnya bila scan doc cakap Insha Allah ****** ni. Aku and hubby terkezutt la sebab memang unexpectable langsung gender tuh. Sebab dari saat ku peknen ku bernaluri kuat menyatakan sebaliknya. Macam menipu je tanda-tanda ni! Tapi kami redha je. Tak kisah lelaki atau perempuan yang penting sihat dan sempurna fizikalnya. Alhamdulillah. Then dapat EDD baru. Yakni raya ke 2~ Omaigoddd. Tak beraya sakan la daku tahun ini. Sobbs. Takpelah yang penting semua selamat sejahtera hendaknya. Lepas tu balik umah ku gigih on9 sal scan gender ni. Rupanya tak boleh percaya 100% pun. Ramai je yang mula-mula scan boy tapi kuar girl. Yang mula-mula scan bleh nampak beberd tu tibe-tibe kuar bunga kan. So, kalau yang scan girl tapi kuar boy tu lagiiii la tak mustahil kan? Semuanya kuasa Allah Taala. Kita mampu berserah sahaja. So hajat dihati nak deliver kat sini jugak. Doc tu cakap just datang lagi skali untuk dapatkan rekod latest kesihatan. Takyah book bagai. Senang kan? Kos deliver sini dalam RM1000-RM1500 camtu je. Takde mahal sangat. Hehe. Tapi dorang tak amik kalau ibu ada problem seperti songsang etc. 



Pusat Perubatan Intan
No 2236 Jalan Kelantan, Kampung Padang 20050, Kuala Terengganu.
Tel: 09-6241458


Antara sebab ku nak deliver di swasta:
  1. Kat Intan doktor semua perempuan. Sah-sah dapat menyelamatkan maruah diri dan suami. Taknak lah doc lelaki. Yang tu dah last option.
  2. Serik tgk akak beranak dekat HSNZ tahun lepas. Admit pukul 4pagi tapi petang tu still tak dapat katil sendiri. Terpaksa tahan sakit dekat atas kerusi biasa je. Katanya bilik penuh!! Dah la sakit gile kan tetibe takde katil nak baring-baring. Kalau swasta kite akan dapat bilik sendiri plus family boleh masuk.
  3. Tak rela diri ini dipergunakan oleh student praktikal. Yang sibuk tgk kena jahit beramai-ramai tu. Please not me!
  4. Anak first, so ku nak jugak merasa dilayan bak puteri oleh suami. Hehe. Lagipun ku memang manja tak boleh sakit. Kalau gomen bertambah-tambah la sakit dengan layanan yang takbapenakfirstclass tuh.

P/s: Minggu ni mengidam nak makan ni je. Orang panggil salak hutan. Setakat ni dah makan sorang-sorang dekat 3 Kg



22 May 2013

♥Senarai Persediaan untuk Bersalin di Hospital♥


Assalamualaikum...

Minggu ni dan masuk 28 weeks pregnancy. Semalam da scan gender (update later). Orang kata dah masuk kandungan 7 bulan dah boleh buat macam-macam yang sebelum ni tak boleh. Mengikut adat katanya~ Cthnya: dah boleh pegi scan jantina. Boleh buat kenduri Solat Hajat. Boleh shopink barang-barang baby(padahal dah lebih 90% yang ku dah shopink.Hehe..Maafkan daku~) Sebenarnya takde masalah pun kalau kita nak shopink awal2. Itu semua atas pendapat masing-masing la kan? Kalau aku, ku mmg jenis tak kisah pun nak shopink bile2. Asalkan kita larat, ada masa dan yang paling penting ada duit. Takyah nak pikir sangat pandangan orang lain tu. Hehe. Disebabkan untuk anak first ni memang nak kena beli macam-macam so duit pun nak kena pakai banyak jugak. Oleh kerna ku belajar matematik kewangan so tak guna kalau tak aplikasikan dalam kehidupan. Tak gituuu~ Ohoho. So, bile dah berkenan dan duit ada beli je dulu. Tak yah nak tunggu sarat baru termengah-mengah nak shopink. Oleh kerna checklist  newborn dah nak settle, maka ku proceed dgn checklist baru plak. hoho


Main things: (takde ni sila u-turn 360 darjah!)
  1. Buku merah/pink checkup bulanan
  2. IC

Untuk ibu dan baby dalam labour room: (letak siap-siap dalam 1 beg)

  1. Baju baby lengan panjang-1(done)
  2. Mitten n booties-1(done)
  3. Pampers-at least 1(done)
  4. Barut-1(done)
  5. Bedung-1(done)
  6. Stokin ibu-1(2 done)
  7. Towel kecil-1(done)
  8. Tisu (sebab ku mudah selsema dalam aircond)(done)
  9. Surah  dan doa-doa memudahkan bersalin. Print dan kelipkan skali.
  10. Kurma nabi 
  11. Air selusuh
  12. Air zam-zam
  13. Hp: sebab nak main facebook dan terus instagram lepas deliver. (Hehe. Tipu je)

Untuk baby kat wad: (berkonsepkan biar lebih asal jangan kurang)
  1. Pampers newborn. (bawa sebundle terus senang)
  2. Baju siang -4
  3. Baju malam -4
  4. Towel mandi
  5. Sapu tangan -5
  6. Mitten n booties -4
  7. Barut -4 
  8. Bedung -3
  9. Topi -2
  10. Set mandian dan grooming (pek kecil) 
  11. Wet Wipes dan Rubbert Sheet
  12. Bantal baby

Untuk ibu kat wad:

  1. T-shirt lengan pendek -4 
  2. Cardigan -1 (tutup aurat)
  3. Sweater -1 (time sejuk)
  4. Stoking -2(done)
  5. Kain batik -3(done)
  6. Nursing bra -2(done)
  7. Disposable panty -sepeket(done)
  8. Maternity pad(done)
  9. Towel mandi(done)
  10. Selipar
  11. Toiletries
  12. Tisu
  13. Tudung -2 (senang yang awning main sauk je)

Makanan dan minuman: (letak dalam bakul siap-siap)
  1. Air minuman -3 botol yang 1.5liter
  2. Biskut
  3. Nestum
  4. Termos
  5. Tisu
  6. Cawan dan sudu
  7. Milo 3in1
  8. Roti

Lain-lain:

  1. Hp (tersangat penting uolls!!)
  2. Charger/powerbank
  3. Majalah
  4. Plastik nak isi baju kotor
  5. Handbag
Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. Amin!
sumber: sini




17 May 2013

♥Pedih hulu hati ketika mengandung♥

Assalamualaikum...


Sebenarnya da lame nak tulis pasal entry ni. Da berbulan-bulan lamanya duk dalam draft. Hampir berhabuk berpathogen bagai dalam blog ni. Hoho. Tapi da terlalu kerap sangat alami ku teruskan men-sharing jua... Sejak mengandung ni ku telah mengenali apa itu PEDIH HULU HATI aka HEARTBURN. Maka ingatlah Gaviscon yer. Dah macam sinonim sangat-sangat mereka berdua nih!. Perkara ni terjadi 'otomatikelli' bile makan pedas. Walhal takde la pedas sangat pun tapi pantang ada cili dalam makanan tuh. Sebelom ni time anak dara belia bergetah, tak sah kalau tak makan pedasssss berapi. Kalau order makanan sah-sah pesan siap-siap nak pedas! Lebih-lebih lagi tomyam. Nyum~ Tapi sekarang kalau makan pedas-pedas 'wajiburunnah' kena minum air susu nak cover balik pedas tu. Kalau tak, konpem akan sendawa setiap 5 minit dan memang perit sangat tekak. Tapi takde la sampai nak terberry pun. Just sendawa dan rase perit-perit je. Kalau takde susu UHT tu minum air berasaskan susu pun boleee. Cth: Milo, Tea et al. Satu cara lagi makan pisang yang fresh tu. Jangan makan pisang goreng! Bertambah bala je disebabkan berminyak tuh. Hoho.. 

Oh ini sudah pasti bukan beta~ 


Sedikit info extravaganza~(takde sedikit sangat pun):

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.


Apa yang patut anda lakukan??


  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

sumber: sini




Petua menghilangkan pedih hulu hati:

Pilihan 1: Ambil 1 camca teh soda bikarbonat campurkan dalam segelas air dan minum. Soda yang bersifat alkali dapat menaikan pH yang berasid.

Pilihan 2: Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu. Sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.


Selamat beramal~





15 May 2013

♥27 Weeks CheckUp♥

Assalamualaikum....


Semalam ku pegi KKIA buat checkUp rutin. Ku pegi dalam kul 9 lebih-lebih. Mati-mati ingat orang dah ramai sebab biasanya ku pegi kul 8 pagi pun da ramai. Sejam lebih baru selesai sumer. Ok. Hubby ku ape lagi kan? Enak-enak sleeping beauty je tapi nak masuk keje lambat beralasankan wife pegi klinik. Ewah-ewah! Setakat ni hanya sekali sahaja dy temanku pegi KKIA yakni time mule2 buka buku tu. Sobssss. Naseb baik KKIA hanya 5minit je dari umah. Sampai-sampai je ku tgk lengang gile KKIA. Ohohoho. Suke3! Hasilnya:


HB: 11.0
BP: 110/80
Heart-beat Baby: 148
Cucuk ATT untuk kali kedua.
Kena catat pergerakan baby sampai deliver



Kisah HB sangat menarik oke. Sebabnya bulan lepas 10.8. Da dibagi warning sebab da banyak kali rendah. Lalu ku rajinkan diri makan Iberet dengan tungkus lumus. Tapi tibe-tibe time ku pegi KL last week tu ku terlupa nak bawak Iberet. So 3 hari ku tak makan vitamin. Nasib baik baby behave baik-baik je. Hoho. Lepas tu ku sempat cover makan Iberet pada Isnin dan pagi Selasa. Malam sebelom pegi KKIA tu ku da berperang dengan makanan! Dengan misi utama iaitu nak bagi HB naik kaw-kaw gituuuu. Kebetulan ada pasar malam, ku terus beli nasi lemak dengan lauk bilis+telor+udang. Side dish nya leher ayam+hati goreng, apam telor dan limau madu. Hoho. Habis-habisan ku makan malam tu. Dan hasilnya HB normal atas tong. Okay la tu kan daripada kena cucuk yang nightmare tu kan? Then, JM sarankan ku supaya catat babykick everyday bermula la 15/5/13 sampai EDD aku. AT least 10 kick sehari. Dy gitau benda yang nampak remeh +cerewet ni sangat-sangatlah penting kerana banyak kes dimana baby meninggal dalam perut tanpa disedari oleh ibu. Si ibu tu jenis tak amik pusing bile kurang pergerakan baby. Dy malas nak pegi KKIA terus. Ada lak camtu kan?? Tak sayang anak betul. Aku time pegi KL tu memang gile bimbang bile baby senyap je. Ku berusaha jugak tepuk-tepuk perut sampai dy bangun dan kick2 laju. Baru legaaaaa~ Yang pelik cucuk ATT kali ke 2 ni tak kebas pun macam yang first. Boleh buat keje terus. Kalau dulu dalam 3 hari jugak baru hilang. Aneh-aneh..Daaa





13 May 2013

♥Expo Mom&Baby Midvalley♥

Assalamualaikum...


Last weekend ku, hubby, mertua dan adik ipar holiday d KL. Stay dekat umah abg ipar dekat PetalingJaya. Kami da rancang nak pegi pada minggu tu sbb ada Expo Mom&Baby dekat Midvalley. Hehe. Yang lain tu pegi sbb nak main dgn anak sedare ku. Yang excited nak shopink nye aku lah! Haha. Kemain jauhh datang. Kitorang pegi pada mlm jumaat dan sampai dalam pukul 4pg. Esok pagi (10/5/13) ku da bangun awal. Siap bekfes dan terus bergegas pg Midvalley. Ku pikir nak tinggalkan kereta dekat stesen LRT Petaling dan pegi MV naik LRT je. Tapi memikirkan keselamatan kereta (Actually bimbang aksesori kereta kena curik. hehe), kami ber2 pun decide drive jelah. Tgk GPS takde jauh sangat dari umah. Dalam 15KM je. Masa tu dalam pukul 11 lebih dan ku pun try la nak parking dalam Zone U dekat The Garden tak silap. Dekat 15min kitorang round sampai 7th Floor tapi langsung xde parking! Geram sangat. Banyak buang masa dan minyak macam tu je. Da dekat nak waktu solat jumaat kot takkan lelaki-lelaki  kat sini taknak solat? Pelik. Hubby ku takpe la kan sbb musafir. hehe. Last-last keluar dan try park dekat zone lain plak. Round2 lagi masa tu ku da doa banyak-banyak moga-moga dapat parking sbb kalau takde jugak my hubby nak give up dan park dekat lowyat pastu naik kenderaan awam. Imagine la nak bawak barang2 banyak2 nak naik LRT-Star-Komuter kan? Memang tak la.. Last2 dapat jugak park tapi dekat atas laluan yang ada tebing tu.haha. Alhamdulillah!


Naik dekat tempat expo tu Ya Ampun ramai nye manusia!!! Semua bangsa ada. Malay, cina and india. Yang peknen, ibu-ibu membawa baby semua ada! Stroller merata-rata! Omaigodd. Aku pun terus je masuk pegi booth-booth yang berkenan dihati. Paling berkenan dihati ialah booth Fiffy! Tersangat-sangat la berkenan dengan baju baby yang ada offer murah-murah. Yang tak tahan hubby bagi greenlight je suruh ku beli ape je aku suke. Hehe. Siap pilihkan skali. Then ku pegi booth Pureen. Kat situ tak banyak pilihan baju best2. Yang ku grab banyak pencuci macam tu je. Ad 1 booth tu dy lelong je baju RM5 satu. Ada romper, bibs, mitten n boots dan topi. Tapi ku grab romper je sbb yang lain-lain da beli banyak sebelom ni. Hoho. Yang penting ku pegi 2 hari uolss. Sebab hari pertama tak puas lagi shopink. Dekat MomDreams pun banyak sale tapi ku beli Nursing bra je. So far sangat-sangat puas hati shoping cni tapi yang tak best part cari parking! Buang masa, minyak dan tenaga. Hoho. Tips nya kalau ada expo macam ni better pegi petang-petang. Orang tak ramai plus xde kena beratur panjang time bayar. 




Lets see what i got dat day~ Hoho



Pureen
Bath Towel=RM17(kot)
Disposable Pad 85pcs=RM30
Nappy Cream=RM11
BPA free Baby Bottle Gold=RM12
Baby Bath-RM14
ABD Detergent=RM21(kot)
Baby Oil=RM10
Baby Talk-RM8
Free Gift: Trial YogurtBath, Bottle Cleanser dan Shopping Bag




Fiffy
Pillow&Bolster=RM16.90
Bag+Warmer=RM25.90
Storage Bottle 6pcs=RM27.90
Manual BreastPump=RM38.90
Disposal Pants 5pcs=RM7.90
Napkin 10pcs=RM25.90
Rubber Sheet=RM12.90
Combo Pack Baby Wipes=RM14
Mini Towel=RM1.50
Baby Cradle=RM9.90
Baby Towel=RM11.90
Free gift=2pcs Baby Wipes(yang purple tu)



Fiffy
4 helai atas=RM10 each
2 helai Baju malam bawah=RM12 each
Baju hijau dan seluar kelabu=RM3.50 each





MumDreams
Buy 2 free 1=RM27.90(kot)
Free Gift=Coklat bar dan baucer diskaun MD. Baucer yang sangat banyak!





Romper=RM5 each






Ni pic babybump latest pada 27 weeks. Makin besar setelah begitu happy shopink! Hoho. Lepas ni boleh edit entry checklist