05 September 2013

♥Pengalaman Bersalin Pada Malam Raya!♥

Assalamualaikum...


Ari ni da hampir sebulan ku bersalin tapi baru sempat nk taip sikit-sikit sal pengalaman bersalin yg sungguhhhhhh "bersejarah" iteww. hewhew. Sangat bizi hoke disamping takder lappy mahupun pc mahupun tidok la sior nk g cybercafe tgh2 pantang ni! Ku berpantang di umoh inlaws makanya xde la pc bagaiii. Mujur lah  ada internet kt hp ku ini kalau tak da lame ku mati kebosanan! kohkoh! 

Disini segalanya bermula.......(nada misteri pliss)


Pada 27 Ramadhan, hatiku dan jiwaku sudah give up kerna bby ku berrrdegil taknak kuar lagi. Puas sudah kami memujuk supaya kuarlah sebelum raya. Tapi.... hampa dan tiada respons dari beliau. Makanya ku terus bergegas shopink baju dan kasut raya aritu jugak! Da set dalam otak ku akan beraya bersungguh-sungguh dah alang-alang baby taknak kuar lagi kn?? Tapi balik umah tu ku still rendam akar sanggul fatimah dan buat selusuh. Ku tgk akar tu da kembang sekembang kembangnya! Org kata dah nk bersalin la tu... Tapi ku buat biasa je dek kerna kecewa. huhu. Ku sempat minum time nak tidur tu segelas. Zzzzzzz



Gambar mengandung terakhir mse nak pegi check up. Please buat2 tak nampak segala debu di cermin gara2 jiran sebelah renovate rumah!



Pada 28 Ramadhan ku mcm biasa pegi bazar disebabkn mmg ummi ku berniaga lauk pauk kt sana. So ku n hubby mmg selalu berbuka puasa kt gerai ummi. Pukul 7 ptg time tu ku duk membeli air kelapa muda. Ku memang amalkan minum air nyior saat kandungan dah masuk 9 bulan. Kengkonon nk bagi kepala baby bersih. Tak berkerak. Alhamdulillah memang kepala Sophia bersih sgt2 uolss. MIL siap puji dah la rambut bby lebat..takde kuping-kuping langsung. Kembang lubang hidungku. Miyahaha! Rambut bby lebat bukan kerna ku minum susu kambing tapi dah genetik ku dan hubby jenis rambut lebat. Eh back to our topic. Masa duk byr air tu ku rasa mcm keluar something. Air ketuban ke ni??? tapi ku buat bodo je sebab dah nk berbuka puasa kan. Siap berbuka semua ku pun get ready nk amik wudhu lalu ku perasan kt panties tu ada byk sgt darah. Cuak giler!!! hubby ku kata dah nk bersalin la tu. Ku pun tye kakakku yg keje as JM tu. Dy kata cepat-cepat pg hospital! Ku mcm tak percaya tp sempat gtau hubby " yer inilah saat nyer! Masanya dah tiba!" Weolls pun terus siap-siap pegi Pusat Perubatan Intan kengkononnya. Sampai sana bleh plak dorg taknak terima kes ku yg kesian ini. Haritu dah tye kot.. Doc c2 gtau Intan cuti Hari raya pertama dan kedua. Aku nk beranak tu 2 hari sebelum raya kottttttt! Watdefish!! 

Lalu dgn hati yg pilu ku pun pegi la HSNZ. Last choice sbb KTS dan Pusat Bersalin Harian pun sama taknak terima da... Sampai Hsnz terus daftar kt 1st Floor. Pukul 12 lebih kena warded walaupun bukaan 0cm. Time tu takde rasa sakit langsung pun. Cuma tumpah darah plus kandungan dah 39++. Pukul 2,3 pagi baru rasa sakit sikit-sikit mcm senggugut halusss. Tapi gigih ku merayap pegi toilet bagai. Hubby dah balik umah kerossss. Ku pun kerossss dgn lena tak lena sebab bising sgt bunyi mercun dumdummm dan nyamuk bergelimpangan. Tingkap hospital berkarat uolsss. Takkan bleh tutup walaupun pakai tungkul. Huh!

Maafkan kuku yg konon nak potong pada pagi raya itu..


29 Ramadhan:

Dipagi yang hening itu... ku bangun dengan syahdunya. Nurse datang kemas katil dan bagi bekfes roti kering berserta air teh panas. Time tu selera nak makan ada lagi. Ku makan sepintas lalu chewah! Pada pukul 12 tgh hari, pinggang ku terasa dicocok sembilu petir. Rasa sakit dah datang uolsssss!! Kencang sikit dah nak compare dengan sblom ni. Ku dengan muke tak malu terus offer diri nak diseluk. Check jalan tuh.. Okay fine baru 3cm! Sakit dah azab gile ku rasa. Dalam hati aii baru 3 cm dah nak patah pinggang, camne la 10cm time nak kena teran nanti??? Mampukah aku yang terkenal dengan manja kededek takleh sakit walhal digigit semut ni?? Ku terus sambung landing atas katil. Orang kata kena banyak berjalan kan untuk cepatkan bukaan tapi aku siyesly memang tak pilih jalan tu. Reasonnya sebab aku rasa sakit gile bile berjalan dan ku tak rela! Sepatutnya bile makin sakit means makin banyak bukaan means makin cepat bleh masuk labor means makin cepat bersalin means makin cepat derita kesakitan menyengat pinggang pinggul itu hilang! Banyak plak Means haku yer. Lalu ku baring membaca Surah Maryam tapi sempat baca sikit je. Sakit tu datang mengganggu bacaan aku so ku proceed dengan recite Doa Nabi Yunus je...Ku rasa dah cukup memadai kot sebab bila contraction datang menyerang kita dah takleh nak fokus serta selera makan lari bertaburan berkeliaran meninggalkan daku. Nasi lunch ku sentuh secotet je. Ku sambung tidur tapi contraction tu still datang dengan lebih kerap. Dari 30 minit jadi 20 minit pastu 15 minit.

Pukul 4 lebih ku pegi seluk lagi. Ku rasa contraction datang dah 10 minit skali kot. Azab uols jangan cakap la. Hanya Allah je yang tahu. Tapi boleh plak aku tertido. Huhu. Bile sakit datang aku terbangun pastu bile hilang ku terus tertidor. Ku check bukaan baru 5cm kot. Still takleh masuk labor yang nak kena 6cm baru boleh masuk. In laws ada datang pastu MIL ku urut-urut pinggang sapu pakai minyak selusuh. Hubby ku ada jugak urutkan tapi dy lelaki tak pandai sgt. Tapi bile dy ada kat sebelah aku rasa kuat sikit dan bersemangat! Jiran katil sebelah dy dah selamat beranak. Mak dy baik hati gile tolong urutkan pinggang aku. Mungkin dy kesian tgk aku mengerang sorang-sorang lepas takde sape teman aku time waktu melawat da tamat. Dy bagi ku air zam-zam buat senang beranak. Pastu dy urutkan pusatku sambil baca ayat Al-Quran. Siyes terharu! My own mom sibuk dengan bazar dy dah hari last puasa kan sah-sah ramai customers. Memang aku pun faham kalau dy tak datang lagi.

Kul 8 malam(Orang dah takbir dah kat masjid-masjid) ku pegi seluk lagi setelah ku rasa contraction datang 5minit skali. Alhamdulillah dah 6cm! Tak sabar nak masuk labor room! Ku rasa bile dapat masuk labor dah bleh tarik nafas lega 50% kot. Ku packing barang yang nurse mintak, amik hp pastu nurse tolak pakai wheelchair. Konon! Time tu ku whatsapp hubby cakap nak masuk labor dah. Ku ingatkan dy duk menunggu kat luar sebab time berbuka Makguard halau hubby ku tersayang cakap takleh makan kat wad. Cisss! Tak bagi can langsung dah lah aku dah nak beranak anytime. Pastu boleh plak hubby ku cakap dy ada kat umah mak dy, mandi solat bagai. Amboi sempat je dy balik time-time genting gini. So aku tawakal je lah keselamatan barang-barang yang aku tinggal kat wad tu. Handbag dan hp satu lagi aku tertinggal dan FYI memang hp aku tu ada orang kebas pun!! Jahat sungguh manusia durjana itu mentang-mentang dah habis Bulan Ramadhan. Cepat betul syaitonirojimm menghasut manusia yang takde iman tuh!


Antara barang-barang yang perlu dibawa ke labour room:
1) Pampers 1 keping
2) Baju bayi 1 helai (baju sahaja seluar takyah)
3) Barut bayi 1 helai
4) Mittens and boots sepasang
5) Barang berharga seperti Purse dan HP(dibenarkan guna hp dalam labour)
6) Bedung 1 helai


Ku selamat tiba di labour room oleh wilca. Sampai sana ku dibaringkan di atas katil dan dibantu oleh JM untuk menyalin baju khas yang tak sama dengan baju di wad. Pastu DR seluk bukaan dan buat jalan. Ku rasa macam air panas keluar macam air ketuban kot. Lepas tu rasa sakit makin kerap menyerang! OMGodddddd! Otak ku dah makin sawan tapi nasib baik la ada ditampal Doa Nabi Yunus depan mata so boleh recite time tuh walaupun ku dah hafal sebelum ni. Time tu dah terkencing terberry dah kot sebab contraction memang akan membuat kite teran semua sampai kosong tangki! Ku gitau JM dan dy kata berry je nanti dy bersihkan. Aku malu gile tapi buat muke tebal 14 inci! Pastu ku mintak Epidural dengan DR tapi malangnya tak dapat sebab bukaan dah 6cm. Kalau 3,4 cm baru dapat. Fine! So ku mintak "HappyGas". DR izinkan tapi malangnya alat tu rosak. Fine! Then ku mintak lagi apa-apa yang boleh mengurangkan rasa sakit contraction. Akhirnya DR suggestkan ubat tahan sakit yang membuatkan kita mengantuk. I Agree! Maka pastu ku terus ngantuk. Sedar-sedar je hubby da ada kat sebelah ngah on9 fesbuk. So 5kali jugak ku terbangun gara-gara contraction terlalu kuat! Macam nak terkeluar je isi bontot. Ibarat meneran untuk berry tetapi semua dah habis keluar! Macam tu la kot. Time contraction ke 5 tu ku rasa macam ada rambut-rambut je kat situ lalu ku mitak hubby panggilkan DR. Time tu JM datang dan kononnya nak check bukaan. Tapi aku rasa baby dah nak keluar sangat-sangat da so JM pun nak gunting. Aku ingatkan dy just nak seluk so memang aku tak duduk diam dan angkat punggung! Paaaa!! Maka banyak la jahitan pastu. 2 kali teran maka keluarlah puteri kesayanganku pada 11.09pm. Alhamdulillah! Hanya JM yang conduct serta hubby yang tak putus-putus menyuruhku tarik nafas-push. Thanks abg!


Pastu Jm tu potong pusat dan sedut-sedut mulut baby. Pastu terus dy letakkan baby kat dadaku. Dalam 1,2 minit je kot. Ku memang lega gile-gile time tu sebab rasa macam segala kesakitan tu hilang sekelip mata! Ku pandang wajah baby dan dalam hati cakap "Oh muke aku. Hidung aku!" Pastu bermulalah proses mencuci darah kotor dan jahit luka yang amik masa lebih sejam dan sakit tu. Orang kata proses jahit luka lebih sakit dari proses bersalin. Betul la kot. Haha. Geram kot sebab dah tak sabar nak jumpa baby, nak dukung dy, nak cium dy, nak bagi susu kat baby. Sobbss. Pastu barulah ku diberi peluang untuk memberi susu exlusive buat pertama kali. Dalam 5 minit je kot. Pastu settle semua ibu dan baby, kami ditolak ke wad. Ku tengok family ku belah aku dan hubby semua duk menunggu kat luar. Terharu!! Dorang cepat-cepat ikut tengok baby. Nak nangis pun ada time tuh... Bila sampai kat wad bermula lah kehidupanku bersama seorang insan bergelar "ANAK". Time tu dah pukul 2,3 pagi macam tu. Pagi SYAWAL yang syahdu bersama insan yang ku kandung selama 9 bulan lebih. Hanya berdua dengan dy bersama-sama bunyi mercun bersahutan. Ku tidur tak lena sambil memeluk baby bimbang nyamuk yang ganas menggigit anakku.



1 Syawal:


Bunyi laungan takbir raya mengejutkan ku yang setia memeluk baby. Time tu memang nak menitis air mata. Dah tak pikir dah sambutan Aidilfitri macam mana dah. Dalam otak just fokus kat baby je. Kul 9pagi hubby datang berbaju Melayu lengkap dengan songkok. Ku salam dy dengan syahdu. Kami beraya di Hospital sampai pukul 3 petang check out. Baby dah kencing pagi tu tapi tak berak-berak. So ku tipu Nurse cakap baby dah berak. hehe. Tapi sampai umah kul 6 petang baby dah berak tahi "gagak". Balik umah tu baby dah dapat banyak duit raya~ Hoho mama suke!

Abah dah tertido bagai gara-gara tunggu baby yang degil taknak berak di hari raya!


So far ku rasa bersalin di hospital kerajaan not bad la kot. Jauh menyimpang dari yang ku bayangkan sebelum ni. Mungkin sebab time nak raya so ramai patient dibenarkan balik selepas 12jam sekurang-kurangnya di wad dan baby dah kencing berak. Plus mentang-mentang nak raya ada jugak species ibu mengandung yang sanggup sakit di rumah. Konon nak beraya sakan dulu pastu baru serah diri ke hospital. Plus ada juga ibu mengandung yang dah admit wad tapi still tak beranak lepas 2 hari di hospital so, DR bagi balik dulu. Makanya banyak sangat la katil kosong so kami yang dalam wad ni ibarat kanak-kanak ribena yang bebas nak buat ape pun. Hoho! Sukahati je nak tukar baju beratus-ratus kali pun pastu kalau sakit je boleh pegi seluk anytime dengan cepat! Kita jugak leh request taknak DR lelaki yg check atau sebagainya. Pastu orang kata kalau beranak kat private dorang tak jahit as perfect as hospital kerajaan buat. Dorang akan buat sambil lewa je dan banyak kes yang jahitan terbuka. Bahaya takkkkk??? Pastu kos bayaran haritu cuma RM37 something! Gila murah kau!! Kalau kat Intan ni mau kena RM2000 plusplus!



Kesimpulannya beranak lah di Hospital kerajaan sekalipun. Kalau rasa nak layanan lebih macam princess boleh pegi ke swasta. Beranak di malam raya sangat best sebab digelar "baby raya". Duit raya sangat meriah hampir mencecah RM1k sepanjang ku berpantang di rumah mertua selama 28 hari~ Hehe. Kaya Sophia! Nanti mama masukkan dalam ASNB untuk mse depanmu sayang~. Kepada yang belum bersalin ku doakan moga-moga selamat semuanya. Amin! Bai

My baby Sophia 29 days. Suke senyum sorang-sorang. Kalau senyum gini pukul 2 3 pagi mama seram!



p/s: Dah lebih 400kali edit nak siapkan entry nih~
Next nak cite sal berpantang, jaundiced etc..

















3 comments:

  1. Hehe..nasib awak baik kt hosp kerajaan. Akk dh 2kli brnk private, ok la, akk solute la sbb servis tip top, bila akk nk brnk kli k3, private xblh terima time tu, so akk pun pg hosp krjn.. bila pg krjn, sume ok, cume servis slow sikit sbb time tu kalut dgn ptukaran shift staff...so akk tseksa sikit la n rupanya time tu bru akk tau diorg tk bg pun ubt berak mcm kt private. So, akk tawakal je la, klu terberak time branak, sorry le ye nurse. psl jhitan tu, rasanya private jhit lg tidk la myakitkn bbnding di krjn sbb krjn bt smpi brejam2 wlupun time tu akk koyak 1inci je..blh seriau dgn ksn jarum dicucuk..hihi.. btw, sume org alami nsb yg bbeza..cume psni, akk nk brnk private lg klu ad rzeki, xnk rs seriau djhit dn diseluk oleh doc2 baru..hihi..

    Skdr share dgn adik.. n mmg btul, sofea ikut mama dia ..

    ReplyDelete
  2. baby syawal, comelnye dia. bersalin di hospital kerajaan org kata ikut nasib badan. ada yg dpt pengalaman baik dan sebaliknya. apa2 pun tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulong :)

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen