16 September 2013

♥Kisah Disebalik Nama Anak♥

Assalamualaikum...

Arini nak cite kisah disebalik nama NUR HANNAH SOPHIA.hehe. Since ramai yg jakun sgt ngn nama yg kononnya bunyi mcm xde maksud tu. Yelah org tua2 dan tak bape nk tua tapi kepohci tu duk mind set bahawasanya hanya nama dari Bahasa Arab je ada maksud elok2. Yang nama ala omputeh, jepun cina india yedeporengge padiyyapipa ni semuaaaa tak elok. Gitewww! Pastu kalau laki mesti nak kena Muhammad didepan. Iols setuju. Sebab iols dah prepare nama lelaki aritu sebab ingatkan yg lahirnya boyboy. Huhu Memang ada Muhammad la kat pangkal nama. Abah ku cakap kena letak Muhammad kat depan sebab nanti kat padang mahsyar org nama Muhammad akan dipanggil dulu untuk dihisab. So takde la beratur lama sangat. Katanya~ betol atau tak tu wallahualam la. Kadang2 abah suke merepek. Huhu. Abah ku jarangggggg sesangat cakap serious.  Main2 je lebey. Haha. 



So.. mula2 peknen tu oleh kerna iols terlalu overlicious, makanya sibuk la cari nama best2 utk bakal baby ni. Siap beli buku bagai. Pastu google2 lagi nama baby. Tak cukup dgn tu ku install bermacam2 apps nama baby kat Playstore. Semangattt gile nye haku! Ceh. So bermacam2 nama dah ku set dalam otak ni. Tapi ada nama utk both gender la. Stanby siap2. Huhu. Bila dah scan gender gurl still tak puas hati dan x yakin. Pastu dah beratus kali tukar nama baby. Hoho. 


Nama ku hanyalah NUR IZNI. Pendek je. Nama adik beradik yg lain semua panjang2 kecuali aku. Ada kisah tragis magis disebalik pemberian namaku ini. Sebenarnya ummi dah bagi nama panjang. Ada lagi nama lain selepas izni tu. Ntah la samada NUR IZNI natasha, neelofa,  fasha, erra atau natalia ke hape. Yg penting ada lagi satu nama kat belakang. Pastu bile abah g daftar kelahiran aku, dy sengaja tak letak yg belakang tu sebab dy berkenan dgn nama izni je. Cis! Abah ku memangggg la gitu. Adoiii. So bile masuk alam sekolah, matrik dan university ku jadi rendah diri sebab nama pendek je. Memang org boleh panggil izni semata2. Kalau ada 1 lagi nama boleh iolss menggedik2 gituuu. Huhu. *mengarut je.huhu. So ku bertekad dan berazam bahawa akan bagi nama panjang kat anak2 aku sebagai balas dendam! Huh.


Oleh kerna hubby nama dy Mohd Hafizal makanya nak letak H jugak la. Pastu nak letak nama Nur kat depan mewakili daku yg penat2 mengandung dan beranak. Pastu ku godek2 kat apps ku jumpa nama Hannah yg bermaksud "kasih sayang" yg ku amik dari omputeh. Then nama Sophia lak sbb ku masa peknen terkenan dekat anak Atita Haris tu. Ari2 ku tgk kat instagram dy semata2 nak tgk baby copi, opi atau nama betol dy Nur Sofia tak silap. So ku twist bla sikit jadi Sophia. Hoho... Maksudnya "kebijaksanaan". Mudah-mudahan anak mama ni menjadi seorang yg bijak dan penyayang Insha Allah! Sekian....


Since ramai yg tye aku aritu siapa Atita Haris, ku jawab terus ya. Dy tu biras Fynn Jamal penyanyi indie yg lagunya 150 juta tu. Yg lagu dah dipopularkan oleh Ainan Tasneem sekarang. Fynn Jamal ada anak angkat nama Juna. Pun aku duk usyar2 jugak aritu. Sekarang ni ku duk usyar gambar anak sendiri je. Haha. Ku start follow Atita time tu dy tak glemer sgt mcm sekarang ni. Sekarang dy dah ada ramai giless followers dan likers. Alhamdulillah dy dah berhijab sekarang. Noktah. K bai  


Hai. Sy Sophia bukan ikan duyung yerrr.



Ni opi, copi atau Nur Sofia kecik2 aritu


No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen