26 September 2013

♥Hadiah Melahirkan Zuriat Part II♥

Assalamualaikum...



Arini nak sambung cerita yg tertunggak hari tu~ Hoho( kalau nak baca tekan sini ). Masa dah habis pantang tu hubby ajak pegi bandar KT Khamis lepas. Iolss bersiap mcm biasa je sbb dah memang tiap2 minggu wajib pegi KT kurang2 nya 3x. Hoho. Pastu hubby tye nak tak gelang? Yelah emas kan murah lagi sekarang ni. Range dlm RM140-RM150 satu gram camtu lah kalau kat sini. Owh "inilah suprise nya~" Tapi ku takde excited mcm Mak2 Jemah lain sbb iols jenis tak minat barangan kemas. Kalau bini lain dah melompat-lompat aku rasa sampai retak lantai umah. kohkoh. Tapi iols jenis steady je bile org offer emas. Walaupepun iols tetap berlakon konon eksaitedddd sesangat dah depan suami. Amik ati katanya~! Lagipun takde la suprise sgt sebab beberapa hari sebelum tu dy dah bunyi2 sal emas ni pun. Makanya daku yg peminat setia cerita Detective Conan ini sudah dapat menjangkakannya~ Muahahahahaha!!!! 



So, plan mula-mula nak  beli emas dekat kedai kawan dy yg katanya nak bagi RM135/gram. (Emas 916 la yg dimaksudkan sepanjang ku cerita ni). Nama kedai tu Kedai Emas KakHa. Dekat area Pasar Payang dan kat Masjid Putih. Kwn dy memang nak jual murah-murah je. Upah pun dy amik murah jugak. Tak macam kedai lain tapi tak banyak pilihan la. Yang stail terkini takde banyak pun. Yang old fashion je banyak sebab kedai tu kedai arwah mak dy yang baru meninggal tahun lepas. So hubby ku pun drive bagai F1 sebab nak kejar kedai tu yg katanya tutup kul 6. Pastu masa otw tu hubby call dy, dy cakap kedai dah nak tutup walhal baru kul 5 lebih. Cis!!!!! Sia-sia je daku mendakap Sophia dengan penuh erat dan jitu sebab hubby ku drive macam lipas kudung! Then weols pun pegi la usyar kat kedai emas dalam Giant KT. Kat situ sah2 bukak lagi sebab dalam bangunan Giant kan. Weols pun usyar2 la gelang dekat Rasidah Gold&Jewellery yang sebelah dgn Rotiboy tuh. Masa weols pegi tu harga emas aritu RM144/g. Bila mintak less, dapat lah setakat RM140/g. Gelang yg ku nak gedik2 sgt tu upahnya RM330. Akak-akak ku jelata sekalian kata mahal! Ntah lah dah kena tipu ke ape. Sebab akak ku bodek2 kat kedai cina dapat upah RM50 je. Tapi ku rasa upahnya lain-lain setiap jenis gelang/rantai dll. Gelangku ada crome sebab tu mahal. Kalau yg ada loceng plak upahnya lagi mahal dari yg takde loceng. Means dat lagi rumit barang kemas tu, lagi mahal la upahnya. Sebelum ni ku tak penah beli emas so pengetahuan aku pasal emas ni 5% je. Kenapa tak zero?? Haha. Sebab ku takde la bodoh sangat sampai tak tahu pasal emas 999, 916 etc. Kohkoh. So bila mintak kurang2 lagi dapat lah harga RM2XXX sahaja~ Takde la sampai RM10k bagai nanti KakMah kite jelesss~ Opsss! 


Oleh kerna ku potong gelang sebab tangan ku ni ala budak sekolah darjah 6 makanya hari Sabtu baru boleh amik. Sabtu nya itu weols semangat la pegi tapi last2 makcik owner ckp takde lagi. Sebab takde org nak jaga kedai. Hadoiii beranginnn je ku rasa. Dah la weols datang jauh-jauh! (Jauh la sangat~) Inilah dinamakan JANJI DICAPATI!!! Kami pulang dengan hampa~ Ku takde rasa kecewa pun tapi still berlakon depan hubby demi mengambil hatinya agar membelikanku emas lagi next year~!! Muahahahaha~ Btw makcik tu takde nak mintak maaf pun atau buat muke innocent macam puss in boot Shrek tu pun dah okay. Hari Selasa plak weols pegi nasib baik gelang dah ada. Dan nasib baik makcik tu xde. Lakinya yg berkopiah tu yg ada. Pakcik tu tegur Sophia dah berape bulan? Amboi? Besar sgt ke Sophia sampai semua ingat dah 3,4 bulan? Baru 47 ari la pakcikk~ Pastu pakcik comel(tibe2 comel) kasi Sophia duit RM10. Alhamdulillah rezeki~ Sejuk sikit hatiku yg membara-bara dek kerna janji melayu haritu. hoho. Tapi tak dapat pun beg emas yg biasa org beli emas dapat tu~ Hadoi la. Kedai kemain grand dengan emas-emas latest design. At least bagilah plastik hijau rokrak tu. Huh!


Arini weols pegi beli gelang utk Sophia plak. Sambil2 tu beli stroller terus sebab dah patah riuk pinggang duk dukung beliau~ Gelang Sophia weols beli dekat Muzairi Jewels dekat Masjid Putih. Harga emas harini 26/09/13 ialah RM140/g tapi kitorang dapat RM137/g je. hehe. Pastu upah workmanship RM150 je sebab gelang tu ada loceng cengcengceng gitu~ Yang lagi best bleh bodek kaw2 ngan owner dy yg lelaki mcm bapuk-bapuk tu. EH? sukati je ngata org bapuk. Haha. Rsanya tak bapuk kot tapi memang muka dy ala2 pompuan gitu. Macam Pengasas D Herbs tu. Plus dapat beg uncang dan beg gelang dan yg paling BEST dapat hadiah Set baju baby Anakku! Meriah segala~ Berbaloi-baloi la kalau sape-sape nak shopping emas kat situ. Recommended! Tak sempat nak snap gambar kedai tu sebab tak niat pun nak beli tadi~ Haha. Rasa macam comel gile tgk tangan baby gurl yg pakai gelang. Rasa gugurl sesangat! Kalau dengar bunyi loceng tu sah lah dy dah bangun tdo. Hahaha. K bai!




ooops! Bukan gelang ku dibawah ni. Gambar google je. Iols taknak letak gambar kami punye takot Mak  jemah dirompak atau takot kata menunjuk-nunjuk. Iols cite pengalaman membeli emas dan just nak sharing ilmu sahaja. Hoho












No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen