12 September 2013

♥Check up Baby Sophia dan Mama 1 Bulan♥

Assalamualaikum...







9/9/13 weolls pegi Klinik Kesihatan Wakaf Tapai utk buat check up sebulan baby dan ibu. Tapi dah terlajak 2 hari da.. Dalam pukul 8 pagi ku da sibuk kemas bag Sophia dan segala barang baby yang taknak guna lagi. Dalam weekend ni ku plan nak sambung pantang kat umah sendiri je. Serba salah plak nak menyusahkan MIL lama2. Hee. Pastu bekfes makan roti canai cicah kari sikit dan gula beserta milo kosong suam kat kedai. Oh haruslah belajar makan gilir2 ngn hubby. Disebabkan baby sophia makin bambam maka haruslah abah dy yang dukungkan. Kohkoh. Mama kan saiz s maka kudrat pun tidak seperti opah dalam citer kampung boy.



Sampai KKIA terus dilayan sebab kami je patient yg ada time tu. Selama ni tak penah lengang. Maybe sebab pegi hari Isnin kot. JM yg selalu layan aku tu terus cakap Sophia ni anak abah lepas tgk muke hubby ku. Cis penat ku peknen 39 minggu tapi hubby yg dapat nama. Baru ku tahu perasaan lembu apabila dy punya susu tapi sapi yg dpt nama! Eh?? Mula2 tu JM timbang baby. Dah la aku penat2 pakaikan baju gojess siap headband bagai. Pastu susah2 plak nk kena bogelkan baby tu. Pasni nak pakaikan baby baju simple2 je kalau nk pegi klinik. Pastu boleh plak baby kencing atas penimbang tu. Huhu. Sungguh bertuah anak mama ini! Trpksa basuh kat sinki buat mcm rumah sendiri. Huaaaahua. Okay berat beliau dah 4kg! Time 20 hari tu 3.5kg. Hoho patotla lenganku hampir patah skrg. Ini lah hasil kalau breastfeeding semata-mata. Sophia ni memang jenis kuat neneng. Bangun je mintak upah. Lepas tu berak takde la banyak sangat. Kencing je lebih. Hoho. Dagu dah berlapis2 mcm kuih lapis skrg.


Next giliran ku plak ditimbang. Iolss hampir pengsan tgk bacaan tu. 44kg!!! Wahhh turun 8kg kauuu dlm sebulan berpantang dan breastfeeding!  Ku pelik sebab kat umah ni ak lapar je memanjang dan mulut ni mengunyah aje kejenya. Betul la org cakap. Nak kurus balik lepas beranak tu senang je. Xyah makan supplements shaklee watsoever bagai! Just pantang betol2 dan bagi susu dada. Memang kurus. Hehe. Syukur Ya Allah badanku tak naik mcm tong drum lepas bersalin. Kohkoh. Jimat duit takyah pegi Slimworld~


Pastu check bp, urine normal dan Hb 12.0. Ingatkan lepas bersalin takde dah check mcm org mengandung. Pastu tiba saat2 yg men-takotkan yakni check jahitan! Aku memang benci benda ni! Dah habis segala maruah aku tercalar time beranak aritu. Cukuplah cukup! JM suruh baring atas katil. Hati dah debar2. Mula2 dy tekan2 perut. Kalau senak2 tu means still ada darah kotor tertinggal kat dalam tu tapi Alhamdulillah tak senak. Eh bleh plak dy terkejut sebab ku still pakai bengkung. Muahahahaha haruslah pakai lagi kan. Mana boleh makan atau minum tanpa berbengkung dalam pantang ni. Hehe. Nanti buncitttt cik abang akan lari bergelimpangan~ Aku g klinik siap pakai stoking kauuu. Pastu dy check breast plak nak tgk susu banyak ke tak. Dy kata memang banyak. Kenyang lah anak awak. Hoho. Pastu ingatkan dy nak check jahitan tp luckily dy just tye2 je. Dy harapkan kita tgk sndiri je. Ntah2 dy pun xhingin nak tgk yg org. Hoho


Settle yg tu tibalah giliran baby utk dicucuk. Time tu baby mintak susu. So ak pun bg la sambil2 JM tu nak inject dekat peha dy. Konon buat alih perhatian la tu. Skali jarum nak masuk tu aku da pejam mata. Eh aku plak over! Memang tak sanggup tgk anak kesayangan dicucuk kauu. Sobss. Sedar2 je Sophia dan melalak kuat gile tak penah lagi sekuat tu. Tapi xlame la sbb mama pandai pujuk.kehkeh. 


Lepas tu iolss balik umah mak kat Ajil. Oh my mom sgt la sempoi. Dibagi nya ku makan nasi lemak dan air tea o. Kat umah MIL kemain ku berpantang bagai. Kesian Sophia tidor tak lena sebab takde buaian kat situ. Pastu mak ajar cara tidur meniarap and cara tu success!! Hoho. 

K. Bai


Haruslah "jangok" mengalahkan mak datin. Hoho




Org kata cara tidur ni paling selamat dan buat baby tidur lena. 
Reasons:
1) Baby terasa mcm didakap oleh ibu
2) Tangan Baby tak "setok" atau "terkanjal" atau terkejut-tiba-tiba
3) Terselamat dari tertelan "jeluak" atau muntah susu

wallahualam :P





and Finally~ Mama yang dah kembali kepada shape zaman sebelum kawin. Yihaaaa! 
#Tengah pantang xbleh pakai lens katanya~ Cis







5 comments:

  1. Bg tips pantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips pantang haha. Sungguh menyeksa kn dan boring haha. Mkn mknn pantang btol2 je ikan panggang dan sayur sawi air. Haha

      Delete
  2. so sweet la sophia :)
    wah tahniah cepat turunnya ye.. mmg xda ambik apa2 supplement ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty. Yup xde amik pape. Mkn sikit je kapsul nona roguy tp sbb baby berak byk kali pastu terus stop. Kalau nk boleh je bg alamat. Mmbazir je haha

      Delete
  3. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen