07 September 2013

♥Cara Paling Senang dan Berkesan Untuk Menurunkan Jaundice/Kuning Bayi♥

Assalamualaikum...


Today iolss nak citer sal jaundice Sophia. Dulu bile kakak2 cakap sal jaundice anak memasing ku buat bodo je. Tak masuk otak pun. Yg ku tahu sal jaundice ialah baby kulit dy jadi kuning dan kena pegi klinik amik darah kat kaki. Dats all!! Pastu bile dah jadi mak mak ni barulah tahu pasal jaundice dengan mendalam. Google bagai kauuu. Sayangnye haku kat anak dara tersayang ni ha.Yelah kalau tahap kuning tinggi sangat baby tu kena admit wad, pakai pampers je, tutup mata dgn musk dan diletakkan dibawah lampu tu. Kakakku gitau kalau yg kes teruk sangat, baby tu sampai kena tukar darah jenis lain! Takotttt




First visit pada hari ke2 tu, JM gtau baby kuning so kena pegi check kat Klinik Kesihatan Hiliran KT. Wah Hari raya ke-2 yang berbahagia kna beraya di klinik bagai! Dah la ramaiiii sesangat baby yg nak kena check haritu. Dek kerna lama sesangat Sophia dah kebuluran so ku terpaksa bf kat situ. Jakun gile hoke first time bagi bf dkt luar. So ku pegi kat ceruk2 pastu bf dgn aman damai. Tak sempat nak beli nursing cover haritu. Kan dah susah!! Result jaundice hari ke-2 ialah 117 umol. Klinik tu nak kurang dari 80 umol baru lepas. Cet! So kena datang lagi esokkannya.


Balik umah ku bf mcm biasa. Next result is 161 umol pada hari ke-3. Wah!! Makin naik plak walhal ku dah bf dengan sungguh2 dan tulus ikhlas! Alasannya ialah aku darah jenis O. Mana2 ibu berdarah O memang akan "menaikkan tahap kuning" baby. Ayat aku kemain~ Dah mandikan ngn air daun inai pun tak jalan. Siap naik mendadak so dah taubat taknak mandikan baby ngn daun inai dah.


Hari ke-4 lak jaundice 173 umol. Alhamdulillah takde r naik banyak sangat. Tapi still kena datang lagi!!! Nak marah betul.


Hari ke-5 plak turun 160 umol. Syukur gile walaupun turun sikit. Puncanya ku teruskan bf dengan bagi air perahan anggur hitam. Yezza~ dah jumpa solution nya! Hubby ku paling and excited bile cara ni berjaya sebab dy yang berusaha perah anggur tu. huhu. Dulu time aku peknen pastu problem ngan Hb low takde pun dy amik tahu. Cis! Syg anak lebihhhh


Hari ke-6 lak jaundice trun mendadak jadi 130 umol!!! Kami bagi air perahan anggur hitam tu lah. Amik 6 biji anggur hitam pastu perah menggunakan penapis teh. Isi dalam botol susu dy. Bagi baby minum habis lepas tu selang dengan susu dada lak. Nanti perut dy kembung kalau bagi banyak2 air anggur. Sian dy. Ulang buat tu lewat pagi dan petang. INSHA ALLAH berhasil! Baby akan berak banyak2 dan teruskan bf tau. Ibu plak jangan makan sebarang jamu atau makanan yg ada kunyit. Stop dulu sampailah kuning baby dah hilang.

Hari ke-8 : 101 umol

Hari ke-11 : 51 umol

Alhamdulillah. Bleh nampak kan perubahan mendadak lepas bagi air perahan anggur hitam dan breastfeeding semata-mata??? So far baby just diambil darah sebanyak 7 kali sahaja. Ramai baby lain aku tgk sampai 15 kali amik darah. Ish aku sedih kot tgk baby kena amik darah banyak kali kat kaki yg kiut tu. Sobsss. Ada ibu yang kesiankan anak dy, dy pegi test jaundice dekat Pusat Perubatan Intan. Kat situ dorang test pakai alat yang just scan kat dahi baby. Takde cucuk2 bagai. Sekelip mata dapat tahu result.  Sekali skale bolehlah kot sebab dengar cite bayarannya boleh tahan mahal. Kalau aku pegi scan perut Rm40. Test jaundice baby lak Rm45 tak silap. Bayangkan lah kos kalau hari2 check kat situ?? Botakcing la bapaknya.. lain lah kalau pakai duit company kan. HUHU!

So ibu-ibu yang bermasalah dgn jaundice ni boleh la ikut cara aku yang paling simple dimple tuh. Kos nya hanyalah setengah kilo anggur hitam (Rm12) yg tak habis pun dan susu cap gantung~ huhu.


mama yg terlebih excited boleh keluar rumah! muke pucat sebab kalau bermekap time pantang ada org jelesss! Huh



My baby macam biasa tidur je kalau naik kereta. Muke dy nampak kekuningan sikit.



Sophia hari ke 30!! makin bambam lepas "amalkan" susu ibu semata-mata!

Info: Baby yg ada kuning memang kuat tidur sebab kuning tu membuat dy mengantuk dan letih sepanjang masa. Kejutkan dy setiap 1 atau 2 jam untuk susukan dy. Sophia ni memang liat nak bangun. Ku paksa jugak dy neneng semata-mata nak bagi kuning turun! Huhu. Lepas kuning dy hilang, kemain susah nak tidur! Bai~






7 comments:

  1. assalam...nak tanye,lepas bg bby jus anggur tu,ade pape perubahan kat bby x? maksud sy setiap kali selepas minum jus anggur bby akn buang air besar ke? cara bg jus tu,hbskn kesemua jus br bg bby bf or ,bg skit2 selang dgn bf? pastu 1 hr 6bj anggur or pg 6bj dn ptg 6 bj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. 6 biji pg 6 ptg. Selang2 dgn susu badan sbb tkot perut dy pedih kesian plak. Lps mnum air anggur x lama tu dy akan berak. Berak tu pnting utk buang virus kuning tu. Hehe

      Delete
  2. Hi, nak minta pencerahan sikit psl jus anggur..d psrn ada anggur kulit hijau, merah@meron n purple kehitaman. Nak bagi baby minum jus anggur kulit purple hitam ke?

    ReplyDelete
  3. as'salam..nasib baik saya tergerak hati nk google 'ibu berdarah O baby kuning'..saya takut nk bg air perahan anggur..sbb sy berdarah O,kuning susah turun..harini dh hari ke-12..mcm awk lah, turun naik..kesian kat baby kena amek darah byk kali..blh lah cuba harap berhasil,amin..terima kasih share awak!

    ReplyDelete
  4. Anak sulong saya kena jaundis tg agak tinggi 374..mmg menakutkan..risau..macam2 petua saya cuba..sampaila satu hari jumpe dengan seorang abg tu kat hospital..die citer anak jaundis sampai 400+..doktor cakap kena buat blood transfusion..tapi die taknak..die ikhtiar dengan air anggur hitam je..so apa lagi..kitorg trs beli anggur hitam..alhamdulillah..level die mmg turun mendadak..untuk kanak ketiga pulak late onset jaundis..umur 2 minggu level 183..saya bagi anggur hitam jugak..tapi macam tak berapa berkesan je..tapi anak yang ketiga nie tak macam yg sulung..tidur je memanjang..yg nie ok je..aktif..kalo tidur pun setiap 1-2 jam die akan bgn minum susu..tu yg saya tak berapa risau..at last stop bagi anggur hitam..saya bagi seminggu..lepas tu continue dengan breastfeed je..semoga semuanya ok:)

    ReplyDelete
  5. anak saya dah sebulan kuning.. macam2 benda dah buat... sampai dah doktor ambik darah kat tangan untuk test... ambik air kencing.. kesian kat dia..., tahu dah cmne nak buat....

    ReplyDelete
  6. anak saya dah sebulan kuning.. macam2 benda dah buat... sampai dah doktor ambik darah kat tangan untuk test... ambik air kencing.. kesian kat dia..., tahu dah cmne nak buat....

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen