13 September 2013

♥Breastfeeding Journey♥

Assalamualaikum...



Entry kali ni nak citer sal my breastfeeding journey. Pikir2 mcm "perlu ke nak cite bab ni kat org??" Erm bile pikir2 balik rasa tak salah kot. Dah namanya blog ala mak-mak pun so kalau tak share mcm x sempurna plak blog ni. Kohkoh. Dah la blog ni ku x promote langsung kat kawan2 atau sedara mara. Means dibuat secara underground.  Maluuuuu siottt nak gitau kat org "eh aku ada blog, baca la weh" al maklumlah ku pemalu orgnya. hehe. Eh pe ku merepek ni??!!


Nak dijadikan cerita. Mula2 tu susah sikit perjalanku nak ber-breastfeeding secara exclusive-musiff ni. Puncanya ialah sakit! Kenapa sakit?? Org lain tak sakit pun bagi susu dada? Actually ku ada problem dgn nipple. Nipple ku merekah dan ada benda hitam2 tu yg buatkan nipple tersumbat lalu menyukarkan proses penyusuanku. Masa peknen dulu memang dah tumbuh2 pun benda hitam tu dan ku dah byk kali buang. Pastu JM selalu pesan time mandi urutkan nipple kita supaya nanti dy akan terbentuk cantik nice2 je. Tapi ku degil kot. Tak penah buat pun so nipple ku pun tak timbul mcm nipple botol susu tu. Huh! Blame myself for that. Oleh yg demikian baby Sophia selalu kelaparan sebab tak puas hisap susu. Plak tu dy kalau neneng mesti rakus gile! Sakittt wooo. Dah r nipple tenggelam dan tersumbat pastu melecet sampai darah2. Ku sangattt stress sampai tahap menangis ada satu malam tu. Mase tu Sophia jaundice mestilah nk kena byk kali bagi susu kan? Ku ngadu kat hubby macam mana nak buat ni? Nak kena bagi susu formula ke sebab baby tak kenyang. Ku siap tye akak aku tu susu apa yg dy bg kat anak dy. Dy kata susu brand Snow okay tapi dy tak sarankan ku bagi sebab baby tgh jaundice. Ak memang da plan nak beli susu Snow tu dah time keluar ke klinik pada hari ke-5 tu. Imagine la tgh pantang tak baik stress2. Nanti meroyan dan susu taknak keluar. Lagi menyukarkan keadaan. Tambah stress lagi bile susu dah bengkak. Memang sakit wooo miss B bile bengkak susu. Ada org tu sampai demam dan ada yg admit ward. Ku setakat ni belom penah demam lagi. Alhamdulillah.



So bile da bengkak susu tu kenalah pump bagi lega sikit. Mula2 tu pakai breast pump cap ayam sangat2! Brand Fiffy. Ku beli yg classic tu sebab ku tgk akak2 ku dulu pakai yg tu. So ingatkan ok lah. Tapi rupenya sia2 je beli. Lenguh je tgn hubby ku mengepam tapi hasilnya dapat 2, 3 titik je. Sobss. So pastu ku perah pakai tangan je dapat tak banyak pun tapi banyak lah drpd pump pakai Fiffy tu. Tapi still tak setel masalah ku.


Pada hari ke-5 tu ku keluar ke klinik check jaundice macam biasa. Pastu dlm otak dah plan nak kuar beli susu Snow tu. FIL mcm tak sokong plan aku tu. Ada dy bunyi2 sikit sebelum ku kuar umah tu. Lepas settle urusan kat klinik ku tbe2 terfikir drpd beli susu Snow better aku beli pump lain. Oh bijaksana jugak aku ini (puji dr sndiri). Muahahahaha!!! So ku pun risik2 la dgn kazen hubby yg beranak dulu tu. Aku tye dy pakai pump apa dan dy kata pakai Medela Harmony. So ku terus pegi Xiri Kiddy House dekat pusat bandar KT tu. Kazen ku beli dgn harga Rm199.90. Tapi ku tgk harga kat kotak tu Rm269.00 means harga standard je. Eh? Tak puas hati betol. Rupanya kazen ku beli time promosi. Ciss! So ku bergegas pegi beli dkt MomBasic dekat area Hotel Grand Continental tu. Dapat less 5% sbb jadi member. So harga takde beza banyak pun. Rm255 something je. Oh hebat aku baru beranak 5 hari dah gigih panjat tangga sebab kedai tu 1st floor. Hubby ku duk lam kereta  jaga baby sebab takde parking. Kemain susah nak pujuk hubby supaya belikanku Medela Harmony tu. Yelah kalau breast pump eletrik brand Fiffy/Pureen/Anakku(tak sure) boleh dapat lagi murah dari tu kan. So kebetulan besday ku jatuh pada 15 Ogos so kira hadiah besday aku lah tu. Huhu. Dulu time besday dapat teddy bear, baju segala. Sekarang hadiah besday nya ala makcik2 dah. Hoho



Hadiah Besday ke 23~
Best sebab walaupun Manual tapi senang nak guna. Nak lagi best kena beli botol extra utk senang nak gilir2. Dilengkapi dengan puting means boleh terus susukan lepas pump.




So balik tu ku try guna pump tu. First guna tu sakit sikit la sebabkan nipple ku dah luka kan. So bile pump tu terpump sekali ngn darah. Susu dah jadi warna pink2 camtu. Sobss. Ku tunjuk susu berdarah tu kat hubby dan MIL.  Bukti bahawa memang betol nipple ku luka selama ini. Haa baru dorg percaya penderitaan ku selama ini~ Dah banyak kali guna tu Alhamdulillah nipple dah timbul sikit. Bile nipple ku dah sembuh sepenuhnya baru ku kembali breastfeeding Sophia exclusively. Syukur Ya Allah. Susah betol nak jadi ibu ni. Macam2 dugaan melanda. Tu belom cite pasal sembelit tu. Huhu. Actually ramai yg mengalami masalah nipple camni. Yg tgh peknen tu sila berjaga2 dari sekarang okay. Make sure selalu urut nipple time mandi dan buang benda hitam2 tu selalu tau. Kalau benda hitam tu keras selalulah basahkan dgn air/susu bagi dy lembut pastu boleh cabutkan.


Oleh kerna setakat ni ku berpantang di umah MIL maka ku takde la nak sibuk buat stok susu dalam fridge. Time2 susu terlalu meriah sangat barulah ku pump dan simpan dalam peti. Pastu MIL ku panaskan time ku mandi/emergency. Mula2 tu takde la nak beli warmer pun. Sebab pikir ku ni housewife je pun. So tak penting kot benda tu. Pastu JM yg dtg umah ajar panaskan susu pakai rendam air panas je. Rupanya it's totally wrong!  Susu boleh rosak kalau main rendam air panas kalau tak kena suhu. Mula2 tu MIL amik susu dari peti atas tu. Pastu terus rendam dalam air panas berasap. Susu akan cair tapi jadi ketul2. Pastu tak pasal2 Sophia cirit birit. Kesian sungguh anakku itu. Ku tak salahkan MIL pun sebab aku sendiri yg salah sebab tak study dulu pasal ni. Rupanya kalau simpan kat peti atas, kena keluarkan dan letak dekat peti bawah at least sejam. Pastu baru lah rendam dlm air suam2 atau pakai warmer (45°c). Kalau nak cepat, keluarkan dari peti atas pastu alirkan dekat air paip pastu panaskan macam tadi. Oh gituuu ke? Mak Jemah tak tau sebab Mak Jemah tau mengandung je. Kekeke~ pastu FIL bunyi2 hal ni kat hubby. Dy suruh hubby belikan warmer sebab ku senyap je takde nak mintak dy belikan. Tibe2 hubby dtg kat aku suruh pilih warmer yg berkenan dekat lelong.my. Hubby memang suke shopping kat lelong.my sebab dapat harga jauh lagi murah dari pasaran dan mudah sebab takyah gigih shopping kat luar. So ku pilih brand Little Bean sbb kiut sangat. Hoho. Pasni nak panaskan susu senang jelah bile dah ada warmer. Hoho. Storage bottle ku beli brand Fiffy je yg ada 6 biji tu. Not bad la~


Little Bean Warmer:
Best sebab ku punya utk rumah dan kereta, hanya RM85 sekali postage dan cute.
Tak best sebab rupanya ku beli ni rosak! Cis patutlah susu tak panas pun lepas berjam-jam rendam. Sekarang nak claimn warranty.




Fakta mengenai susu EBM yang ku amalkan:
*susu yg disimpan dekat peti atas tahan sampai 3 bulan.( bg aku cukup 3 bulan je)
*susu yg disimpan kat peti bawah tahan sampai 6 hari. Make sure letak kat belakang2 bukan didepan atau di kocek peti. Bimbang sebab bile selalu bukak peti, suhu akan berubah lalu membuat susu rosak.( aku amal 3, 4 ari je)
*susu yg diperah dan dibiarkan di suhu bilik tahan sampai 4-6 jam. Ku amalkan 4 jam camtu je. Yelah tiap2 umah berbeza suhu bilik.



Petua ku untuk banyakkan susu:
1) Minum air milo kosong. Hati2. Bimbang sembelit.
2) Banyakkan minum air kosong.
3) Kadang2 ku minum horlicks. Horlicks manis sangat so aku kurengg sikit. Tapi hasilnya susu lagi meriah berbanding minum milo.
4) Makan sayur sawi masak blackpepper. Utk susu dan elak sembelit jgk.
5) Selalu set dalam otak bahawa nak bagi susu dada sampai umur dy 2 tahun.
6) Jangan stress. Selalu tenangkan diri masa bagi susu.
7) Minum UHT Dutch Lady kadang2 sebab ku memang takleh minum susu ala-ala Anmum tu.


Normal dapat 4 oz sekali perah utk kedua-dua belah. 
Kadang-kadang time bengkak susu boleh dapat full botol tu.


Alhamdulillah. Ku makan dan minum seperti yg aku nyatakan diatas je. Takde amik supplements nak tambah susu pun setakat ni. Paling penting jangan stress! Memang susu akan merajuk taknak kuar sangat. Kuar sikit2 je. Haha. Memang best sangat bile tgk badan baby makin bambam sekarang. Kalau ibu yg bagi susu formula ku tgk baby tu kurus je. Tak bambam sangat. Baby gugurl haruslahh bambam baru comel. Haha. Enak dipegang dan enak digoreng tang peha. Lengan harussslah berketak2 macam Michelin tu. Oh ya. Baby kalau tgh tdo automatic terbangun bile susu kita dah penuh smpai basah baju. Hehe. K bai.






Sophia 34 hari. Bambammm dan berketak-ketak.



Yelah kadang-kadang manusia ni tak sesempurna seperti yg dijangka. Maafkan mama syggg. Kohkoh
Ngantokk woooo kena bangun2,3 pagi.



Botol Tommee Tippee:
Best sebab Sophia hisap susu dengan rakusnya, comel serta pinky~


P/s: setakat ni tak penah travel so takde info pasal cooling bag, ice pack dan seangkatan dgnnya lagi. Hehe.


6 comments:

  1. seronok bc cerite awk la... happy breasfeeding.. sy coming soon bulan dpn due 25.10.2013...nantikan breasfeeding journey dari sy pulak yer..

    http://rujukvitaminku.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck tau. Jgn lupa amalkan segala petua memudahkan bersalin tau

      Delete
  2. Aah tajuk entry kita sama...

    Syok baca pengalaman awak...good info.,,thanks for sharing..nti share la lg ye...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Okay my dear. Byk lagi yg nak kena share. Hihi

      Delete
  3. seronoknyaa tgk org bf anak diaa.. im waiting for dat time. next year!!

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen