09 July 2013

♥Random Talks♥

Assalamualaikum...


Dah lebih 2 minggu ku tak update blog-yg-tak-femes ni~ sobs2. Ntah nape jadi malas-malas je nak menulis something padahal banyak gile benda nak share. Hari-hari just blogwalking je. Baca pengalaman orang, skodeng-skodeng, stalk dan fb je. Plus sekarang ni taksub gile main game Hay Day. Hohohohohoho!! Siyes syok gile jadi virtual farmer nih~! Kucing ku si Catty Perry plak memang jenis busy body mak-mak jemah macam tu. Tiap kali ku bukak PC nak hapdett ni konpem beliau datang menyebok! Takat duk tepi-tepi takpe jugak, ni sibuk nak taip-taip. Sekarang di saat ini beliau sleeping beauty so kena hapdett cepat-cepat!


Catty Perry feeling Doraemon macam tuh! Nyampah I~






Oleh kerna terlalu banyak nak story, rasa macam nak tulis semua dalam 1 entri je. Kekekeke. Haruss lah ada story 1, story 2 bagai~


STORY 1:

Mula-mula nak cite sal susulan dari entri been suspected PLACENTA PREVIA TYPE II
So 4/6/13 tu ku pun pegi la Klinik Pakar O&G Kuala Terengganu tu. Ya Allah betapa ramainya manusia sampaikan nak cari parking pun susah! 40kali(menipu) round-round baru jumpa tapi itu pun parking haram je. Dah bertolak awal pun dapat yang gitu je. Sape-sape yang nak pegi tu sila parking siap-siap pada malam hari pastu tidur dalam kereta. Bleh lak camtu??? Huhu. Appointment nya pukul 10 pagi so ku cepat-cepat daftar dekat lobi utama. Dah dapat no terus la pegi Klinik O&G yang stands for OBSTETRIK&GINEKOLOGI. Kang nanti ada yang sesat tapi malu nak bertanya pak guard. Kat situ memang bersifat EXPLORACE yakni kena alert la. Kalau sesat takde nye GPS nak nolonggg! Dapat no 490 dan ku tunggu-tunggu sampai pukul 12 still tak dapat masuk. So ku kuar makan dulu. Bekfesss dekat Kafe Mayang tu. Pilihan makanan sangat banyak tapi rasa takde la Se-mayang namanya.(takde kena mengena). Lepastu harus lah lepak-lepak dulu sebab bajet memang lambat lagi. Ku tanya Angahku yang Dr tu dy cakap "Set kan dalam minda bahawa mung akan balik pukul 2 petang". Okeh Makjemahh faham! Tapi dalam faham-faham Makjemahh tu Makjemahh yang dilahirkan dengan naluri hati tak sedap hati so ku pun pegi masuk jugak nak usyar-usyar No time tu. Eh-eh eh nape da terpapang No 488 dan 492? Dah terlepas ke? So dengan azam dan tekad yang jitu(sebab ku pemalu orangnya), ku bertanya la kat kaunter. Rupanya No aku tak lepas lagi~ Turn untuk Scan memang lambat sikit. Lega~ 


Finally pukul 1 ku dah dipanggil. Tapi! Ingatkan pegi Room no 2 tu da terus bleh masuk. Rupanya kena tunggu turn lagi! Amboi dah macam ape je. Macam nak jumpa Sultan Diraja. Nasib baik lam hp ku ada Games takde la bosan sangat. Bile da dapat masuk tu Dr Lelaki tu pun scan la, First time dapat doc laki-laki. Maluuuu la sayaaaa. Nasib baik dy macam lembut-lembut sikit so takde la malu sangat. Feeling macam di-scan oleh akak-akak je. hehehehe. Dy pun scan la sambil tekan-tekan perut aku dengan rakusnya pastu dy kata dy tak nampak pun uri ku kat bawah seperti yang di-suspected sebelom ni. Eh? Lega la aku. Tapi tibe-tibe dy cakap, "Puan sila tanggalkan panties". Aku ni macam DOUBLE WHAT???!! dalam hati. Dy kata nak scan ikut bawah plak(u know what i mean). Gile kau! Aku takde la prepare pape. Ingatkan scan biasa-biasa je. Malu dan terasa maruah dah tahap zero. Laki ku lak pegi toilet dan tak masuk skali. Dah lah ada budak india praktikal duk tengok skali. Ada nurse melayu sorang yang tua sikit. Sakit kot doc tu duk godek-godek pusing-pusing 360 darjah! Aku ni dalam hati dah tak jumpe uri kat bawah fine la. Cukup la godek-godek aku macam bahan experiment. EH ingatkan penderitaan-mental ku dah berakhir. Siap dy panggil doc lagi sorang(perempuan) untuk re-scan balik. Ya Allah tuhan je tahu betapa perasaan aku time tu macam mana! Siap ada doc laki lagi sorang saje-saje datang tgk aku. Ingat aku ni ape? Total dalam tu 5 orang okeh! Yelah memang time beranak nanti pun terbukam macam tu tapi time sakit dah takde malu-malu. Ni aku masih waras oke. Then dy print result dan semuanya normal. Uri ku normal dan bleh beranak normal Insha Allah. 



Keluar bilik tu ku terus mengadu dumba dekat hubby. Sebak oke. Nasib baik kami memang da rancang nak deliver dekat private. So harap-harap takde masalah so bleh deliver kat Intan Terengganu. Hubby ku usik. Dy cakap "macam mana kalau terserempak dengan doktor2 tadi kat MydinMall?? Mesti malu"
Kesimpulannya ku dah taubat nasuha taknak pegi da! Dekat 5 hari rasa nyilu tak hilang. Ku citer kat ummi dy kata dats y la dy tak buat PAP SMEAR sampai sudah. Taubat lepas dy pun kena pengalaman ngeri lebih kurang macam tu kat Klinik Pakar. Hahahahaha! Give me 5! 


#info sal Placenta Previa Type 2 disini http://en.wikipedia.org/wiki/Placenta_praevia




 Perkara yang ku amalkan sebelum pegi scan:
  1. Minum air solat hajat.
  2. Mandi dengan air solat hajat.
  3. Mintak suamiku urut-urut perut dan baca doa sikit. Tapi tak kasar-kasar sebab bukan pandai sangat pun.
  4. Jangan refer tok bomoh bagai!





STORY 2:

Nak cite sal check up 36 minggu pagi tadi. Alhamdulillah semuanya okay. Tapi...... JM tu tekan-tekan perut aku dy kata kepala baby dah engaged. EH? Awalnya??? Baru nak masuk 9 bulan kot. Harini baru 35weeks 5days. Pastu dy panggil JM lagi sorang untuk double-triple confirm. Memang sah kepala baby dah masuk laluan. Aku ni dalam hati "macam mana ni? Tak prepare lagi mental ni!" Kena cepat-cepat booking Intan ni! Dah la hubby baru beli henpon minggu lepas. Ntah cukup ke da duit beliau nak membayor bil hospital nye.


Result harini:

  1. Urine Test normal
  2. HB: 11.4
  3. Berat: 52kg
  4. Tekanan darah: 100/60
  5. Jantung baby: 136

Alhamdulillah. Tapi nak cite part kelakar harini(kelakar ke?)
Semalam teringin sangat nak makan udang sambal petai. So ku pun masak la. Was-was gile tang bau tu. Da memang urine sah-sah la kan berbau. Yang ku risau tang air ketuban. Ada yang kata nanti air ketuban busuk. Tapi teringin sangat nak makan petai. Akak ku kata makan jelah dah nak makan kan. So tadi masa nak bagi sampel urine malu giler! 14 jam duk lam toilet pikir macam mana nak buat. Dah la abg makmal  tu tak pakai mask harini. Nanti dy bau petai tu dan berkata "eh budak ni nampak vogue tapi makan petai"(perasan vogue). Lalu ku sembur perfume kat label bekas tu. Maka selesai segala masalah yang melanda~ kekekeke. 


Sekarang ni pantang makan pedas. Walaupun takde la pedas sangat tapi tetap tak boleh! Konpom-konpom akan kena pedih hulu hati dan cirit birit! Diulangi konpom!! Kalau dah cirit birit tu offkos paling minima 5 kali membuang. Kesian diriku ini.... Nasib baik tak keje. Kekekeke~ Kalau pedih hulu hati menyerang lak ku minum horlicks kawww, milo tabur atau makan roti dengan milo. Nyummmmm! 

Esok da 1 Ramadhan. Ku tak sure akan puasa penuh atau tak. Terawih lagi~ Nasib baik hubby bagi green light utk mengelat pegi terawih~ Hehe. Bukan ape. Perut ku memang senak sangat time solat lebih-lebih lagi time rukuk dan sujud. Nak bangun rakaat seterusnya lak terkial-kial kena tahan dengan tangan. Nanti macam mana la nak terawih? hehe. Alasan!!!




Di kesempatan ini ku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua readers ku~ Doakan ku selamat deliver jugak~ Daaa

No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen