22 June 2013

♥33 Weeks Check Up♥


Assalamualaikum...


Last week yakni pada 18/6/13 ku pegi KKIA utk second RME (appointment dgn doc). Siyesly dalam banyak-banyak routine check up ku rasa paling stress kali ni. Sebabnya ku pegi kul 9.30am dan tamat pukul 11 lebih. Padahal patient xde la ramai sgt pun. Stress gara-gara orang makmal yang buat kerja mcm siput sedut. Bayangkan nak test air kencing yang normally take only 5 minit paling lame tapi boleh plak jadi lebih 30minit!! Biasanya akak tu sgt2 cekap. Letak sampel pastu duduk dalam seminit dua terus settle. Rupanya haritu akak tu takde dan ada pakcik tua ganti. Ya Allah sgt mencabar keimanan. Orang sekeliling boleh nampak muncungku yang boleh buat ampaian tuh! Nasib baik nak jumpa doktor sekejap je. Huh!! Klinik gomen la katakan.......

Pastu jumpe doktor Noor Aima yang sgt2 lemah lembut itu lalu mencairkan hatiku yang kepanasan ibarat dapur MasterChef Musim ke2~ (Trademarknya). Dy mula-mula check ku punya tekanan darah, pernafasan dan tanya-tanya sal baby. Ku cakap so far takde masalah dan baby pun aktif tendang. Dy pun scan. Ingat nak scan gender ke ape. Rupanya dy dapat detect something wrong somewhere(ayat cikgu dulu2) dekat uri ku. Watdefish???? Last month scan kat Intan okay je takder problem pun. Elok je uri duk atas. Ku da verangan nak deliver normal dan bersungguh-sungguh study sal tu.



Doktor cakap uri ku bukan kat bawah tapi just detect macam ada uri dekat kepala baby. Kepala baby mmg duk kat bawah da tapi uri ada sipi-sipi macam tu je. So kalau benarlah telahannya bahawa uri ku jenis No II,makanya takleh beranak normal. Kena czer!!! Sobsob~ dy bagi appointment dgn Klinik Pakar Kuala Terengganu yg tepi HSNZ tu next week. Nak konpemkan balik. Huk2 ku da sebak didada. Balik umah terus badmood.

Kalau diingatkan balik masa kenduri solat hajat tu ku memang sibuk menolong. Masa masak tu ku sibuk dengan menggoreng ayam berempah. Lebih 5 round jugak menggorengnya dalam keadaan panas plus kena banyak tunduk. Kuali letak atas lantai je. Lepas makan-makan selesai ku sibuk plak angkat2 pinggan mangkuk semua pastu terus basuh. MIL mmg da larang tapi ku degil. Ku rasa macam tak sedap je kalau biar org lain uruskan manakala aku duk goyang kaki. Nanti org kampung mengata mana ku nak letak muke??(imaginasi melampau). Lepas tu ada sekali ku angkat aircond (yg org pasang kat dalam, bukan blower kat luar tu). Gile berat kot tapi time tu hubby mintak tolong sgt2 bawak pegi kedainya. FIL da tgu nak pasang kat c2 tapi hubby ngah kerja time tu. So, terpaksa la angkut masuk lam kereta dan hantar dengan jayanya. Dah la puasa haritu ok~ Bile ku adu sal ni kat MIL dy trus marahkan anak dy. Kuang2. Padan muke!!!!


Kesimpulannya pompuan peknen takleh buat kerja berat-berat. Jangan degil dan sila patuhi arahan doktor. Para suami dan family plak jangan buli-buli golongan yang lemah ini. Jangan la paksa weolls. Kami bukan pemalas tapi kami sayangkan anak dalam kandungan ini. Ngerti kamu!!!?? Oh yer, bile jadi macam ni please jangan jumpa bomoh-bomoh ke ape. Bukan boleh caya pun. Tak semua bidan kampung yang ada ilmu ni. My mom cakap ramai bidan yg ada ilmu tu dah meninggal pun. So, banyak2 la berdoa je kpd Allah. Yakin dengan kekuasaannya ye syg2~ Hehe. Sekian karanganku yang bertajuk “Uriku urimu jua~”


P/s: Bile ada masalah macam ni jangan lah adu di fb. Tak dapat nolong pun.. Heran dgn sesetengah org tu setakat pening-pening, mual sibuk up status...Nanti anak jadi manja dah ibunya manja memanjang~ Hoho







No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen