07 May 2013

♥Pengalaman mengundi PRU13 dengan Babybump♥

Assalamualaikum...


Pada 5 Mei 2013 lalu berlangsungnya PRU ke 13. Buat julung-julung kalinya la ku layak kuar mengundi. Hehe. Umor 23 okay. Memang exciteddd gegile sampaikan tak boleh tidor lena pun. Banyak kali kot terbangun dari tido lepas tu termimpi-mimpi sal PRU ni. Hehe. Ntah pape padahal bukan pikir sangat pun. Then, pada kul 10 pagi ku siap-siap iron baju kurung bagai. Yang penting zip kain boleh zipkan 2cm je okay. Not bad la kan? Hoho. Dengan kain yang senget dan bismillah ku drive alone meninggalkan suami yang enak-enak diraja kerohh di rumah. Ku amik sepupu-sepupu kat Kg Tok Randok lalu menuju SK Tok Randok dengan megahnya. 


Sampai kat sana cuaca da panas da sebab da nak dekat kul 12 tengah ari. Kedatangan weolss disambut oleh isteri JKKKKK yang sibuk duk promote suruh undi dacing. Haha. Helo? Kami ber3 da istiqomah nak undi parti tuttt so xyah nak puji kami terlebih comel hari tu. Kemain kau jahh suruh undi parti suami dy. Duit dana remaja hari tu tak bagi punnn! Depan sikit tu berkumpul isteri-isteri PAS yang takde pun nak kecoh bagai. Ku salam-salam semua orang sbb mak-mak sedare ku pun ada sekali. Harus lah tunjuk sopan santun meoww gitu. 


Okay tak boleh terus lame-lame berjemur di bawah sunlight. Kami bergegas masuk dan pegi kaunter semakan. Lepas dapat no saluran kami terus ke saluran 3. Mak aihh! Kemain ramai pemuda-pemudi beratur kat saluran 3. Ku tengok saluran 1 yang tua-tua pun ramai tapi saluran 2 lengang je. Cepat je along aku siap. Kat situ ku tgk kakak-kakak ku ngn abang ada skali. Wah meriah segala.. Yang tak best nya jantan-jantan dalam 4,5 orang tu langsung TAK gentleman! Ape dorang tak nampak ke ku yang membuyung ni? Dah la panas sampai menitik-nitik tapi langsung tak offer ku potong que. FINE! mungkin mata dorang rabun atau memang takde perasaan kot. Takpun ini kesan daripada perut ku yang kecik je. Sobssss. Wahai anakku kenapa kau tak ikut genetik bapak sedare belah ayahmu yang debabb-debabb semuanya? Tak pasal-pasal   ibu kena beratur panjang. Huk2. Yang pegawai bertugas pun takde perasaan jugak. Ku jeles la bile bace status someone kat fb ni. Baru peknen 2,3 bulan tapi terus dapat masuk mengundi. Aku? Da nak 7 bulan tapi dilayan macam orang biasa. Berbalik kepada geng jantan td. Bukan takat tak offer tapi siap sound kami supaya beratur ikut que. Kuang ajakk kau. Moga-moga tuhan membalas nya suatu hari nanti kepada isteri anda. Hehe jahat gile. 


Balik tu terus amik suami. Pegi mengundi kat Kg dy plak.. Malam tu kitorang tidur lewat sangat-sangat sebab nak tahu result. Satu, sebab nak tahu cuti atau tak. Satu lagi sebab terdapat "BLACKOUT" yang menggusarkan hati. Kami memang berharap TERENGGANU ni menjadi milik Parti yang kami sokong. Tapi takpelah setakat hari ni MB baru belum diumumkan kerana Sultan Mizan pun tak merestui kemenangan pada malam tu. Moga-moga tuhan makbulkan doa kami. :) P/s: jangan marah ye kalau fahaman politik ku tak sama. hehe



me, cuzzies and sisters






Catty perry pun nak jugak..



pic pada kandungan 26 minggu. Kecik kn?





No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen